Permohonan UPU 2018, Pemilihan Program Asasi IPTA

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page
Program Asasi
Program Asasi : Pilihan Lepas SPM

Permohonan UPU 20180telah bermula, pastinya ada yang ingin memilih Program Asasi. Program asasi ini ialah program pra ijazah yang setaraf dengan tingkatan 6, diploma, matrikulasi. Untuk membuat pilihan, seharusnya pemohon tahu maklumat penting untuk aliran dan pemilihan program. Berikut ialah satu perkongsian dari sumber berkaitan pemilihan Asasi ini :

Pemilihan Program Asasi IPTA

  1. Aliran pengajian pelajar di peringkat SPM. untuk tahun 2018 ada 40 program asasi (termasuk tamhidi USIM)
  2. 25 program darinya adalah khusus untuk pemohon dari aliran sains sahaja
  3. 14 program darinya juga yang boleh dipohon oleh lepasan SPM dari aliran sains dan juga sastera
  4. Hanya 1 program untuk lepasan SPM aliran sastera sahaja yang layak memohon.

Daripada kesemua program ini pula 4 program asasi, asasi UiTM dan 2 program asasi sains di UM melayakkan lepasannya untuk memohon melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam lain (mana-mana universiti awam) – kecuali beberapa program ijazah sarjana muda di UIAM dan USIM yang khusus untuk lepasan asasi/tamhidi universiti berkenaan sahaja.

Baca Juga :  Strategi Betul Pilih Kursus Pengajian Tinggi Lepasan SPM dan STPM

Dalam ertikata lain ianya sama seperti kelayakan matrikulasi yang melayakkan lepasannya memohon melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di mana-mana universiti seperti di atas.

Asasi (dan tamhidi) lain adalah khusus untuk lepasannya memohon melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti berkenaan sahaja.

Asasi/tamihidi atau matrikulasi yang terbaik adalah yang boleh bawa pelajar melanjutkan pengajian di dalam bidang pengaajian program ijazah sarjana muda apa dan di universiti mana yang pelajar sendiri sasarkan.

Jika nak melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di universiti yang ada program asasinya sendiri – maka itu laluan asasi yang terbaik,

Jika nak melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di universiti yang tak ada program asasinya sendiri maka laluan asasi di UiTM dan asasi sains di UM dan matrikulasi adalah pilihan yang terbaik.

Baca Juga :  Aplikasi Android Percuma Untuk Belajar PT3, SPM dan STPM

Tetapi kalau keputusan tak seberapa untuk ke asasi di UM dan UiTM maka menyertai matrikulasi juga adalah merupakan pilihan yang terbaik untuk pelajar – terutama yang nak melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti yang tak ada program asasinya sendiri .

Apa yang penting pelajar sendiri kena tahu…..

  1. Nak jadi apa ?
  2. Untuk tahu apa kelayakan yang diperlukan
  3. Tahu di universiti mana dia boleh dapatkan kelayakan tersebut
  4. Barulah ditentukan laluan mana yang sesuai

Nak jadi apa ?, Untuk tahu apa kelayakan yang diperlukan, Tahu di universiti mana dia boleh dapatkan kelayakan tersebut, Barulah ditentukan laluan mana yang sesuai

Selain daripada itu, kenalah banyak berdoa supaya memperolehi keputusan yang akan melayakkkan pelajar melanjutkan pengajian melalui laluan tersebut – atau ianya akan tinggal angan-angan sahaja

Sumber : Mustaffa Abdullah

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here