Makluman awal untuk pemohon untuk permohonan UPU 2018, bagi lepasan SPM / STPM / Setaraf kini yang masih tertanya bila permohonan dibuka mungkin boleh bersedia dan mengambil tindakan. Seperti sedia maklum, lepasan SPM perlulah memohon ke UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Asasi, diploma dan Ijazah.
Untuk Lepasan SPM/ STPM/ Setaraf
Pengajian Asasi dan diploma hanya disediakan di institusi pengajian tinggi seperti universiti dan institusi lain. Terdapat 20 universiti awam perlu dimohon dan ianya disatukan dalam satu sistem permohonan iaitu UPU. Oleh demikian, sekiranya ingin memohon ke universiti perlulah memohon melalui UPU disamping beberapa Universiti yang membuat pengambilan sendiri.


Permohonan UPU 2018 UPUonline
Mohon pelajar maklum permohonan untuk lepasan SPM/ STPM / Setaraf mula dibuka pada 5 Febuari 2018 jam 12 tengahari.
Dibuka 5 Febuari 2018 ( 12 Tengahari )
Permohonan ditutup pada 10 April 2018
Permohonan Adalah di Laman Rasmi UPU : Permohonan UPU Online
Cara Membuat Permohonan UPU 2018
Permohonan UPU tidak boleh terus dibuat sekiranya pemohon tidak membeli Nombor Unik ID. Untuk membuat permohonan, pemohon perlu :
1Membeli No Unik ID mulai 5 Febuari 2018 sehingga 9 April 2018
2Pembelian adalah secara individu di Kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN )
3Jika ibu bapa / Pemohon mempunyai akaun BSN, boleh membeli melalui mesin ATM dan perbankan internet. Pembelian mestilah menggunakan Nama dan No kad pengenalan MYKAD Pemohon
Harga Unik ID adalah RM 15.64
4Membuat permohonan UPU online di – http://upu.mohe.gov.my/web/
Kategori Permohonan UPU 2018
Lepasan STPM / Setaraf ( Ijazah Sarjana Muda )
- STPM 2017-11-30 Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2017 / 2018
- STAM 2016 & 2017
- Diploma / Setaraf – Diploma UA/ Politeknik , DKM / DLKM/ DVM/ Diploma IPTS/ Diploma Luar Negara/ Lain-lain diploma. Kelayakan Setaraf Seperti A Lavel/ IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi , STAM ( Bukan tahun semasa )
Lepasan SPM/ Setaraf ( Asasi , Diploma& Sijil di UA, Politeknik , Kolej Komuniti & ILKA )
- SPM 2017
- SPM 2016
- SPM 2015
Diharapkan pemohon bersedia dan maklum dengan permohonan UPU 2018 yang dibuka nanti. Pastikan pemohon bertanya dan membuat permohonan berdasarkan minat dan potensi kelayakan akademik nanti.