Permohonan UPU Kemasukan ke IPTA, Politeknik & ILKA 2013/2014

4
1
Permohonan UPU

Permohonan UPU untuk permohonan ke IPTA, Politeknik Dan ILKA dibuka pada hari ini. Permohonan UPU ini adalah bagi kemasukan tahun 2013. Sebelum ini ramai bertanya bila permohonan UPU akan dibuka. Untuk pegetahuan, permohonan UPU akan dibuka pada 7 Januari 2013 sehingga 15 April 2013. Sistem permohonan akan dibuka mulai jam 12 tengah hari hari tersebut.

Permohonan yang dibuka adalah mengikut kategori permohonan dibawah :

  • Kemasukan ke IPTA & Politeknik Premier ( Untuk lepasan SPM/ setaraf sahaja )
  • Kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Awam/ Politeknik Konvensional/ METrO ( Untuk lepasan SPM/ Setaraf )
  • Kemasukan ke IPTA ( Untuk Lepasan STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma & Setaraf )
Baca Juga :  Kemaskini Permohonan UPU Online Lepasan ASASI UITM/ PASUM/ MATRIKULASI KPM

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan haruslah terlebih dahulu membeli no Unik ID di cawangan Bank Simpanan Nasional BSN berhampiran.

Nombor unik ID tersebut akan tercatat pada Slip pembelian yang diberikan dari BSN. Nombor pin tersebut perlu dimasukkan ke dalam system online permohonan UPU sebelum permohonan dibuat.

Dinasihatkan sekiranya ingin membuat pilihan kursus haruslah disesuaikan dengan kebolehan, minat serta potensi diri. Sekiranya tidak tahu membuat pilihan, perlulah berjumpa dengan kaunselor atau guru bimbingan dan kaunseling institusi masing-masing untuk lebih memahami tetang potensi diri serti minat kerjaya masing-masing.

Baca Juga :  Keputusan Permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA Lepasan SPM 2016

Untuk membuat permohonan online UPU boleh terus ke Laman Rasmi UPU untuk mula memohon. Sila pastikan memilih kategori bertepatan sebelum memohon. Semoga Berjaya.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

4 COMMENTS

  1. Salam ,
    saya nak tanya UPU ni tak sama dengan politeknik biasakan?
    kalau poli dia yang primier kan?
    politeknik biasa yg saya maksud kan under KPT.
    kalau kpt permohonan dia buka bila?

  2. Hi. nak tanya, permohonan lepasan stpm sampai April kan. kalau saya baru ambil muet mac 2013, so result maybe keluar dalam bulan mei. bole ke saya apply upu tanpa result muet ?

    thank you

Apa Komen Anda :