Permohonan UPU Online Kemasukan 2019 / 2020

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi lepasan SPM 2018 permohonan UPU akan keluar tidak lama lagi. UPU adalah kemasukan ke universiti Awam termasuk institusi kemahiran lain. Melalui UPU pelajar lebih mudah untuk memilih institusi – institusi pengajian melalui pemusatan Institusi -institusi pengajian dan mempermudahkan pelajar memilih kursus pengajian.

Permohonan UPU
Permohonan UPU

Bagi pelajar yang masih baru dengan permohonan UPU, permohonan ke Universiti melalui UPU adalah penting untuk meneruskan pengajian terutama pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu sama ada ke program diploma ijazah Sarjana Muda mahupun ijazah Sarjana serta PhD.  Permohonan UPU tidaklah secara automatik kerana setiap pelajar yang ingin memohon UPU hendaklah memohon secara online melalui aplikasi yang disediakan dan terdapat sedikit kos untuk permohonan diperlukan. Berikut ialah cara bagaimana untuk memohon UPU

Cara Memohon UPU online dan tarikh permohonan UPU online

Untuk makluman semua pelajar permohonan UPU akan dibuka pada 25 Februari 2019 bermula jam 12 tengah hari dan ditutup pada 12 April 2019 11.59 malam .

  • Permohonan dibuka : 25 Februari 2019 jam 12 tengah hari
  • Permohonan diitutup : 12 April 2019 jam 11.59 malam
Info Tambahan :  Starlink Malaysia: 2 Pelan dan Harga Langganan

Tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan yang ditentukan oleh pihak jabatan pendidikan tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia permohonan boleh dilakukan di laman web rasmi UPU iaitu upu.moe.gov.my

Sebelum permohonan dibuat pelajar dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional berdekatan.  Pembelian pin atau unit ID BSN boleh dibeli mulai 25 Februari 2019 dan Tarikh tutup pembelian nombor unik ID BSN ialah pada 11 April 2019.

Harga No Unik ID BSN

Harga nombor unik ID BSN ialah RM15.60 dan pembelian adalah secara individu melalui kaunter BSN dan permohon atau ibubapa memiliki akaun BSN, pembelian boleh dibuat melalui mesin automated teller machine atau ATM dan perbankan Internet myBSN.

Untuk pengetahuan pelajar pembelian nombor unik ID mestilah berdasarkan nama dan nombor kad pengenalan atau MyKad pemohon. Selepas pembelian pelajar akan diberikan salinan resit pembayaran di mana ID permohonan akan tercatat  dalam resit pembayaran tersebut.

Nombor unik ID itulah yang akan digunakan dan akan diminta di dalam laman web rasmi untuk meneruskan langkah permohonan UPU online.

Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

Permohonan akan terus boleh dilakukan dengan adanya pilihan selepas login dibuat di dalam laman web UPU. Kategori permohonan terdiri daripada dua iaitu:

  1. Lepasan STPM setaraf untuk permohonan ke ijazah Sarjana Muda di universiti awam
  2. Lepasan SPM iaitu dari pelajar lepasan asasi, diploma di UITM awam dan Politeknik atau Sijil Kolej Komuniti dan ILKA untuk tahun pengajian SPM lepasan SPM 2018, SPM 2017 dan SPM 2016

Untuk makluman pelajar semua pengajian yang ditawarkan di Universiti Awam,  Politeknik dan Kolej Komuniti yang terdapat dalam UPU adalah telah mendapat akreditasi MQA

Diharapkan dengan makluman yang ada pada penulisan kali ini membantu pelajar yang ingin memohon UPU online lebih bersedia dan mengambil perhatian dengan tarikh-tarikh penting yang telah dimaklumkan supaya permohonan kali ini  tidak ramai pelajar yang akan ketinggalan.

Permohonan UPU ini adalah penting demi untuk memberi lebih peluang kepada pelajar t menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya menjamin masa depan yang lebih baik untuk masa akan datang. Sebarang makluman berkaitan UPU akan kami update untuk penulisan yang akan datang.

3 thoughts on “Permohonan UPU Online Kemasukan 2019 / 2020”

  1. Pingback: Apa Itu UPUTAG dan Adakah Ia Wajib

  2. Pingback: Kalendar UPU dan Tarikh Penting Permohonan – Xpresi

  3. Pingback: Tarikh Keputusan SPM 2018 Dikeluarkan – Xpresi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top