Pengumuman permohonan UPU secara online sidang akademik 2021/2022 sudah dibuka bermula pada 4 Januari 2021 ( Jam 12 tengah hari) sehingga 31 Mac 2021 ( Jam 5 petang )
TARIKH PENTING JANGAN LUPA “SAVE THE DATE”
INFO!!!
Pada 4 Januari 2021 permohonan dibuka dahulu TETAPI Pembelian No. Unik ID BSN mulai Februari 2021
Permohonan UPU secara Online sidang Akademik 2021/2022
Semua calon pasti sibuk untuk melakukan permohonan UPU secara online bagi sidang Akademik 2021/2022. Disini kami menyediakan sedikit info PENTING berkenaan dengan tarikh penting pemilihan program bagi kemasukkan ke Universiti. Berikut adalah butirannya :
1) LEPASAN SPM
Permohonan menggunakan atau berdasarkan keputusan PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020 (sekiranya ada).
Pilihan program pula boleh dibuat pada 21 Mac 2021 (pada jam 12 tgh hari ) sehingga 31 Mac 2021 (pada jam 5 ptg).
2) LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM
Permohonan boleh dilakukan berdasarkan :
√ Bagi calon lepasan STPM :
Keputusan peperiksaan terbaik sehingga semester 2 STPM 2020
√ Bagi calon lepasan MATRIKULASI / ASASI :
Keputusan peperiksaan sehingga semester 1
√ Bagi calon lepasan STAM :
Keputusan peperiksaan percubaan ( sekiranya ada )
Pemilihan program boleh dibuat pada 16 Mac 2021 (pada jam12 tgh hari ) sehingga 31 Mac 2021 (pada jam 5 ptg)
3) LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
Permohonan boleh dilakukan berdasarkan keputusan peperiksaan terkini. Manakala, pemilihan program boleh dibuat sebaik sahaja membeli No. Unik ID di BSN
INFO TAMBAHAN!!!
Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai
• 90% MARKAH AKADEMIK
• 10% MARKAH KOKURIKULUM
Panduan Memilih Program
Setiap permohonan pasti ada panduannya. Panduan permohonan UPU secara online sidang akademik 2021/2022 bagi melakukan pemilihan program. Antara panduan pemilihan program adalah seperti berikut:-
- Di sini kami sediakan info penting tentang Permohonan UPU secara online. Mestilah melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
Syarat Am bagi memohon program institusi/ agensi:-
1) Lepasan SPM
√ Hanya WARGANEGARA MALAYSIA yang mempunyai kad pengenalan diri/ My kad sahaja yang LAYAK mengemukakan permohonan bagi kemasukan ke UPU Online ini.
2) Lepasan Asasi/ Matrikulasi/ PISMP
√ Pemohon WAJIB memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapatkan sekurang-kurangnya:-
a) Lima kepujian termasuklah BAHASA MELAYU
b) Lulus subjek SEJARAH
3) Lepasan Diploma
√ Pemohon WAJIB memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapatkan sekurang-kurangnya:-
a) Tiga kepujian termasuklah BAHASA MELAYU
b) Lulus subjek SEJARAH
4) Lepasan Diploma
√ Pemohon WAJIB memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapatkan sekurang-kurangnya:-
a) Tiga kepujian termasuklah BAHASA MELAYU
b) Lulus subjek SEJARAH
5) Lepasan Sijil
Pemohon mestilah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan boleh membaca, menulis dan mengira.
Syarat Khas bagi memohon institusi/ agensi:-
√ Setiap program mempunyai syarat khas yang tersendiri. Justeru itu, calon DISARANKAN untuk memilih program mengikut kelayakkan anda
“Tiada istilah, program ini bagus atau tidak, kejayaan bukan terletak pada sesuatu program TETAPI terletak pada individu itu sendiri. Kerana usaha tanda kejayaa “
- Program yang diminati
“Pilih program yang diminati BUKAN yang dipaksa kerana ditakuti sekiranya memilih program yang TIDAK diminati, calon akan belajar separuh jalan sahaja. Justeru itu, calon DISARANKAN memilih program yang diminati sahaja”
- Pilihan program mengikut keutamaan
Selain daripada memilih program yang diminati, calon juga dinasihati untuk memilih program yang bersesuaian dengan pencapaian akademik anda sebelum ini. Ianya bagi mengelakkan calon mendapat program yang tidak diminati semasa surat tawaran program dikeluarkan.
***Pilihlah program yang bersesuaian dengan anda***
Tidak semestinya program yang kita sangat minati itu adalah program yang terbaik buat kita. Sesungguhnya bukan program yang terbaik tetapi sebenarnya calon yang menjadikan program itu terbaik.
- Rujuk kaunselor/ mereka yang arif akan pemilihan program
Tujuan sebenarnya calon/ pemohon diminta untuk rujuk kaunselor/ mereka yang arif dalam pemilihan program bagi mendapatkan pendapat yang bernas berkenaan dengan sesuatu program. Sekiranya kita hanya mengikut kata hati, ditakuti kita akan hanyut mengikut cita-cita tanpa mementingkan sesuatu yang lebih penting.
“Buah fikiran yang lebih daripada satu lebih baik berbanding buah fikiran yang satu sahaja”
- Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi
Setiap satu pemilihan program boleh dirujuk kepada mereka yang pakar. Sekiranya program yang diminati calon TETAPI calon tidak mencapai kreteria khas program tersebut dinasihati ELAKKAN daripada lakukan permohonan tersebut. Hal ini ditakuti TIDAK dapat program tersebut dan ditawarkan ke program yang calon tidak minati langsung.
“Setiap kejayaan pasti ada pengorbanan, anda sahaja yang mampu mengubahnya kerana anda adalah peneraju generasi akan datang”
***No pain, no gain***
Rujukan:-
1) https://upu.mohe.gov.my/
2) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4862412513828710&id=646433295426674&__tn__=%2As%2As-R