Permohonan UPUONLINE Untuk Kemasukan Sesi Akademik 2021/2022

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan UPUonline

Permohonan UPUONLINE Untuk Kemasukan Sesi Akademik 2021/2022, semua sudah ketahui sesi persekolahan pada 2020 akan tamat pada 17/18 Disember 2020 TETAPI sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah secara atas talian SAHAJA bukan secara bersemuka seperti dahulu. Malahan disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini taikh peperiksaan SPM juga ditangguhkan dan calon SPM akan menduduki SPM pada bulan Febuari. Walaubagaimana sekali pun, permohonan UPU perlu diteruskan bagi pengambilan pelajar sesi 2021/2022. 

Permohonan UPUonline

Permohonan upuonline akan dibuka pada bulan JANUARI 2021. Justeru itu, semua pelajar LEPASAN SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM perlu sentiasa bersedia dan alert akan TARIKH -TARIKH PENTING permohonan UPUonline ini. Sekiranya anda betul-betul berkeinginan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi apa kata letakan alarm pada tarikh-tarikh agar anda tidak terlepas pandang akan tarikh-tarikh ini.

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025
***Perjuangan Masih Belum Selesai Sehingga Anda Mampu Menempatkan Diri Anda Ditempat Yang Anda Inginkan***

Bagi pelajar atau calon yang ingin memohon program yang mempunyai TEMUDUGA dan UJIAN calon perlu alert akan:-

1) Lepasan SPM

Calon WAJIB menggunakan keputusan PERCUBAAN SPM 2020 bagi MELAYAKKAN DIRI mereka menduduki temuduga dan ujian dalam bidang yang mereka pohon. Ianya hanya digunakan untuk panggilan temuduga dan ujian SAHAJA.

PERINGATAN!!!
Setiap permohonan yang mempunyai TEMUDUGA dan UJIAN akan dinilai mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak universiti

2) Lepasan STPM 2020

Keputusan PNGK terbaik dan GRED TERBAIK MATAPELAJARAN STPM 2020 sehingga Semester 2.

Hal ini disebabkan, calon STPM mempunyai 4 Semester dan pandemik COVID-19 ini semakin meningkat pada tahun 2020 maka calon STPM 2020 masih lagi sempat menduduki peperiksaan seperti biasa pada Semester 1 & 2 seperti biasa. Jadi, calon lepasan STPM perlu menggunakan keputusan TERBAIK dan GRED yang terbaik bagi memohon program yang mempunyai TEMUDUGA dan UJIAN ini.

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

3) Lepasan Matrikulasi atau Asasi 2020/2021

Keputusan PNGK semester 1 sesi akademik 2020/2021

4) Lepasan STAM 2020

Keputusan Peperiksaan Percubaan STAM 2020 (SEKIRANYA ADA)

Pemilihan Dan Penawaran Program Pengajian Adalah Menggunakan Keputusan Peperiksaan Sebenar BUKAN Menggunakan Keputusan Percubaan

Jadi, masih belum terlambat lagi calon SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM belajar untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan yang diduduki. Jangan pernah berasa give up dalam sesuatu perkara yang dilakukan kerana dalam setiap satu titik peluh yang dikeluarkan untuk berjaya maka akan ada satu peluang kejayaan yang diperolehi. Teruskan berjalan untuk mencapai segala impian anda.

“Jangan lupa untuk membeli nombor unik ID di BSN bagi membuat permohonan UPUonline. ID mula di jual pada JANUARI 2020 dan permohonan UPU juga akan dibuka”

Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah LEPASAN STPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX dan jika pemohon adalah LEPASAN SPM/Setaraf , No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX

**Selamat Memohon UPU bagi sesi Akademik 2021/2022**

Rujukan:-

1) http://upu.mohe.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *