Satu tawaran tajaan menarik untuk program terkemuka di Universiti-universiti terbuka luar Negara telah dibuka permohonannya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Permohonan dibuka mulai 10 Julai 2014 sehingga jam 12 tengah malam 15 Julai 2014.
Untuk memohon pastikan memenuhi syarat yang ditetapkan seperti dibawah :
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya; serta
- Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 dan setara bagi tahun semester sebelumnya dan sentiasa mengekalkan kecemerlangan tersebut.
- Telah menerima tawaran tanpa syarat dari mana-mana 10 universiti terkemuka yang disenaraikan mengikuti bidang yang diiktiraf kecuali bidang perubatan, pergigian dan farmasi. ( sumber )
Secara ringkasnya itulah syarat yang ditetapkan, walaubagaimanapun ada bnyak lagi perkara penting yang perlu diambil perhatian, untuk itu kami nasihatkan untuk anda melihat maklumat penuh permohonan di Laman rasmi JPA. Klik Sini .
Permohonan Online
Untuk membuat permohonan online, anda perlu ke aplikasi permohonan yang disediakan, sila baca dengan teliti maklumat penuh permohonan sebelum membuat permohonan.
Tawaran tajaan ini adalah peluang baik untuk anda kerana ia boleh membantu kewangan dan memberikan lebih motivasi untuk anda menyambung pengajian ke university terkemuka luar Negara.