Persediaan Sebelum Peperiksaan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kadangkala penting untuk kita membuat persediaan sebelum peperiksaan. Sebagai pelajar, peperiksaan merupakan satu titik tolak untuk pelajar mengetahui sebanyak mana ilmu yang telah dipelajari. Pelajar akan sedaya upaya untuk mendapatkan markah yang terbaik demi masa depan yang lebih baik.

Persediaan Sebelum Peperiksaan
Persediaan Sebelum Peperiksaan

Persediaan Sebelum Peperiksaan

1 Solat
Pentingnya solat bagi kita yang beragama Islam. Bila-bila pun memang solat itu adalah tuntutan agama dalam Islam.  Dengan cara ini kita perlu perbanyakkan solat kita. Contohnya solat sunnat dan solat-solat yang lain. Digalakkan solat qiamullail iaitu bangun 2 per 3 malam sebelum solat subuh.

Memudahkan kita menjawab peperiksaan dan adanya perasaan tenang sepanjang didalam dewan peperiksaan. Pastikan istiqamah dalam melakukannya untuk mendapat kesan yang baik dalam diri kita.

Info Tambahan :  3 Panduan Portfolio Bidang Kreatif vs Teknikal

2 Jaga hubungan sesama manusia
Jangan menyakiti perasaan mereka yang selalu disisi kita. Terutamanya ibu bapa kita (keluarga), guru, rakan-rakan. Lakukan kebaikan terhadap mereka. Elakkan umpat mengumpat, dengki mendengki, jaga pertuturan dan perbuatan kita terhadap mereka bagi mengelakkan adanya perselisihan faham.

Terkadang kita bergurau juga menjadi bahan yang boleh mengguris hati mereka. Bergurau tidak salah namun jangan timbulkan isu sensitif. Mungkin mereka tertawa dan tersenyum namun hati mereka kita tidak boleh selami bukan?

3 Ulangkaji
Belajar semaksima mungkin secara individu atau dengan rakan mengikut keselesaan masing-masing. Buat nota ringkas seperti yang telah diajar oleh guru  kita iaitu nota ringkas peta minda. Buat nota poket untuk memudahkan kita menghafal fakta atau senang dibawa kemana sahaja kita pergi.

Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

Hal ini memudahkan kita menjawab peperiksaan yang bakal tiba nanti. Jangan peningkan kepala dengan masalah yang berlaku. Positifkan minda sebelum dan sepanjang peperiksaan.

Positifkan minda sebelum dan sepanjang peperiksaan

4 Bahagikan masa dengan baik
Disini saya tekankan untuk aktiviti harian kita. Pastikan kita melakukan aktiviti riadah untuk memberikan oksigen secukupnya dalam otak kita untuk memudahkan otak kita mentafsir dan dapat mengeluarkan idea dengan baik. Jangan lupa makan seperti biasa. Bukan kerana hari peperiksaan bakal tiba kita hanya fokus dengan buku dan solat.

Kesihatan itu perlu bagi memudahkan kita datang kesekolah dan tiada sebarang ketidakselesaan berlaku. Percaya atau tidak lakukan dengan niat yang betul Inshaallah semuanya akan baik-baik sahaja.

Selamat menjawab peperiksaan kawan-kawan. Semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *