Pesanan Mengelak Diganggu dan Menjadi Mangsa Internet

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pesanan Mengelak Diganggu dan Menjadi Mangsa Internet 1

Internet merupakan kemudahan yang penting masa kini, Internet digunakan untuk bekerja, bermain dan belajar. Mungkin selalu kita dicabar dengan pujukan dan informasi yang boleh menjadikan diri kita berisiko. Mungkin tips dinyatakan dibawah boleh menjadi panduan :

  • Jika anda ditanya maklumat peribadi yang sulit, jangan balas mesej berkenaan
  • Kalau boleh jangan berkongsi perasaan peribadi dengan orang yang anda tidak kenali dan pasti dengannya.
  • Lebih baik anda menggunakan nama yang tidak melambangkan jantina anda bila bersembang terutama pada website yang baru dan anda tidak benar-benar kenali pemiliknya.
  • Simpan mesej yang menggangu serta mengancam anda, emailkan kepada Malaysia Computer Emergency Response Team ( MyCERT ) di [email protected]
  • Sekali sekala cuba taip nama anda di google atau enjin pencarian lain nama penuh anda supaya dapat kenalpasti salah guna maklumat peribadi anda di internet oleh orang lain.
  • Jika berlaku keadaan luar biasa dan membuatkan anda tidak selesa, segeralah keluar dari laman web tersebut dan melayari laman web lain.
Info Tambahan :  Laman Web Mencari Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan Sekolah

Rujukan : www.cybersafe.my

Leave a Reply