Petua dan Tips Mudah Sambung Ijazah Selepas Diploma

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Persaingan kini bukan mudah untuk sambung ijazah tidak kira lepas diploma atau lepasan lain. Kadangkala permohonan ke ijazah tidak berjaya bukan sahaja tidak layak tetapi kesalahan diri sendiri yang kurang pengetahuan tentang tips bagaimana  mudah sambung ijazah.

sambung ijazah

Sambung ijazah – Foto : Bajanz photography

Beberapa forum telah membincangkan hal ini dan rumusan dari perbincangan menampakkan beberapa perkara yang perlu di ketengahkan supaya dapat membantu dalam proses memilih dan merancang pembelajaran.

CGPA perlu melebihi 3.00

Kebanyakan pelajar akan mudah menyambung pengajian ke peringkat ijazah jika mendapat CGPA diploma melebihi 3.00. Akademik adalah penting dalam menyambung pengajian, keputusan CGPA menggambarkan penguasaan anda dalam bidang yang anda ambil. Adakah CGPA kurang dari 3.00 tidak diterima? Bukan, mendapat CGPA melebihi 3.00 memudahkan tawaran untuk permohonan anda. CGPA bawah 3.00 juga boleh dapat tawaran tetapi agak sukar mendapat ijazah yang kita mohon.

Mohon Bidang Sama atau berkaitan dengan Diploma

Kebanyakan pemohon membuat kesilapan dengan memilih bidang yang diminati selepas Diploma. Mungkin alasan mula bosan dengan pengajian sebelumnya dan ingin mencuba bidang baru. Anda telah membuat kesilapan, sebenarnya pihak universiti akan lebih cenderung memilih pemohon yang telah mempunyai asas yang sama. Asas yang sama hanya ada pada diploma yang mempunyai kursus pengajian yang sama atau berkaitan. Asas yang ada sebenarnya akan membantu anda lebih cemerlang dan memudahkan urusan menamatkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda nanti.

Pastikan habis pengajian sebelum akhir tahun

Kebanyakan pemohon yang lama untuk mendapat tempat di Ijazah adalah mereka banyak menanguh pengajian dan habis pengajian lewat. Jika anda tamat pengajian lambat sehingga awal tahun memungkinkan anda tertinggal permohonan yang dibuka.

Sambung diploma bukan automatik

Jika sebelum ini ada institusi yang memaklumkan jika kita mengambil Diploma di sesuatu universiti, kita akan automatik sambung ke universiti tersebut. Maklumat ini salah, pengajian diploma anda tidak automatik sambung kerana anda perlu juga memohon melalui UPU bersaing dengan pemohon lain. Walaubagaimanapun demikian, ada kes khas tawaran diberikan kepada anda, itupun CGPA anda perlulah tinggi.

Kesimpulan

Memilih ke Ijazah Sarjana Muda selepas diploma bukan mudah, beberapa perkara perlu anda ketahui dan pastikan anda tidak membuat kesilapan masa memohon. Kesilapan yang anda buat memungkinkan anda tidak diterima ke Universiti yang anda mohon. Minat sahaja tidak penting, sebaliknya minat perlu diseimbangkan dengan kelayakan dan kebolehan anda.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x