Pilih Antara Asasi Vs Matrikulasi 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Asasi vs Matrikulasi sering kali menjadi persoalan bagi pelajar lepasan SPM. Hal ini disebabkan kedua-dua tempat pengajian ini merupakan salah satu tempat yang sangat di impikan oleh pelajar lepasan SPM. Pada masa yang sama, kedua-dua tempat pengajian ini merupakan salah satu jalan pintas kepada para pelajar untuk memasuki ke alam univeristi dengan lebih mudah. Justeru itu, terdapat kelebihan dan kelemahan Asasi vs Matrikulasi ini. Kedua-duanya akan menjadi pusat pengajian pilihan dan rebutan semua para pelajar.

Disebabkan terlalu ramai yang sukar untuk membuat pilihan bagi kedua-dua pusat pengajian ini. Maka, hari ini kami akan memberi sedikit penerangan berkenaan dengan dua tempat pengajian ini. 

PERINGATAN!!!

Walaupun kita tahu kedua-dua pusat pengajian ini merupakan salah satu pusat pengajian pilihan hati.

Walaubagaimana sekalipun, sekiranya anda TIDAK dapat melayakan diri dalam salah satu pusat pengajian ini JANGAN bersedih kerana sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat anda. Maka sentiasalah bersangka baik dengan jalan yang telah ALLAH sediakan.

Pilih Antara Asasi Vs Matrikulasi 2021

Asasi vs Matrikulasi

Kenapa saya perlu memilih Matrikulasi?

Ketahui kelebihan pemilihan kemasukan ke Matrikulasi agar anda yakin mengapa anda perlu memilih Matrikulasi sebagai tempat pilihan pengajian pelajar.

1) Elaun disediakan setiap bulan

Bagi pelajar yang berjaya memasuki ke alam matrikulasi, anda akan mendapat elaun sara diri sebanyak RM250 setiap bulan. Elaun ini sediakan kepada semua pelajar bagi memudahkan urusan pengajian pelajar semasa di Matrikulasi ini. Maka anda hanya perlu memikirkan yuran pengajian keperluan awalan semester. 

2) Tempat tinggal adalah PERCUMA

Tempat tinggal di matrikulasi adalah percuma dan tiada yuran penginapan. Justeru itu, bagi mereka yang mahu berjimat dan bebas PTPTN sebelum anda melangkahkan kaki ke alam universiti. Matrikulasi ini merupakan salah satu tempat yang paling sesuai untuk anda menyimpan duit untuk menyambung pengajian akan datang.

Info Tambahan :  Pelepasan Cukai 2023 untuk Pendeposit SSPN!

3) Tempoh pengajian yang singkat

Tempoh pengajian bagi pelajar Matrikulasi adalah singkat. Walaubagaiamana sekalipun anda perlu beringat BUKAN semua pelajar matrikulasi menambatkan pengajian selama setahun kerana terdapat juga pelajar matrikulasi yang menamatkan pengajian selama dua tahun. Ianya bergantung kepada tahun pengajian pelajar.

Dalam setiap pusat pengajian pasti ada kelebihan dan kelemahannya. Justeru itu, setelah anda ketahui kelebihan kemasukan ke Matrikulasi anda juga perlu tahu kelemahan pusat pengajian ini. Ianya bagi memudahkan anda untuk membuat pemilihan sendiri. 

1) Jadual pengajian yang padat

Asasi vs Matrikulasi

Kelemahan kemasukan ke Matrikulasi adalah jadual pengajian yang padat BERBANDING denganpelajar STPM dan Diploma. Justeru itu, bagi mereka yang benar-benar mahu memasuki ke MATRIKULASI anda WAJIB menyediakan fizikal dan mental untuk menempuh jadual yang padat itu. 

2) PENTING mendapatkan pointer yang tinggi

Bagi pelajar lepasan Matrikulasi, kebiasaanya mereka memerlukan pointer yang tinggi kerana untuk memudahkan mereka mendapatkan bidang pengajian yang mereka mahukan. Sekiranya, pointer mereka rendah atau bawah daripada 2 maka mereka akan sukar untuk mendapatkan bidang yang di ingini. Justeru itu, anda perlu bijak dalam menguruskan masa belajar anda di Matrikulasi.

Bagaimana Dengan bidang Pengajian Asasi?

Semua sudah ketahui bidang pecahan bagi pengajian Asasi. “KLIK DISINI” untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pengajian Asasi. Sekiranya anda sudah ketahui bidang pecahan maka mudah untuk anda fahami kelebihan yang bakal anda perolehi sekiranya menyambung pengajian di Asasi.

Antara kelebihan menyambung pengajian ke dalam bidang Asasi adalah:-

Info Tambahan :  Tarikh SPM 2022 dan Cara Semakan

1) Mudah untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/ IPTS 

Bagi pelajar lepasan Asasi, mereka lebih mudah untuk mendapatkan tempat menyambung pengajian kerana mereka adalah pelajar universiti tersebut. Justeru itu, kelebihan pelajar Asasi ini adalah mudah untuk melankutkan pelajaran ke IPTA/ IPTS. 

2) Cuti yang banyak

Buat pengetahuan semua, setiap semester mempunyai cuti misalnya cuti yang panjang antara 3 semester adalah cuti semester 1 selama sebulan lebih. Tempoh pengajian juga adalah lebih singkat sebulan berbanding matrikulasi.

Kekurangan bidang Asasi adalah:-

1) Tempat tinggal ditanggung sendiri

Antara kekurangann menyambung pengajain Asasi adalah tempat tinggal ditanggung sendiri. Justeru itu, bagi mereka yang menyambung pengajian di Asasi mereka WAJIB untuk menyediakan temapt penginapan setiap semester. Bagi mereka yang mahu berjimat,pusat pengajian Asasi adalah tidak disarankan. 

2) Masa yang “study” yang singkat

Kehidupan di alam Asasi ini berbeza dengan kehidupan alam Matrikulasi kerana cuti yang terlalu banyak maka masa untuk budak asasi belajar adalah kurang. Justeru itu, bagi mereka yang memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang Asasi ini perlu menyiapkan fizikal dan mental untuk belajar. 

3) Sukar membuat pilihan bidang pengajian

Salah satu kekurangan bagi mereka yang mahu menyambung pengajian ke bidang Asasi ini adalah sukar untuk membuat pilihan bidang pengajian. Justeru itu, anda perlu membuat pilihan yang bijak dalam setiap sesuatu perkara.

Diharapkan setiap satu perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan antara Asasi vs Matrikulasi. Pilihan berada di tangan anda. 

Asasi vs Matrikulasi

***SELAMAT MAJU JAYA***

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top