Pilih Antara Matrikulasi VS Asasi

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Matrikulasi vs Asasi ? mesti ramai daripada anda keliru untuk memilih antara dua tempat ini bukan?  Ada juga yang tidak tahu kelebihan antara kedua-dua tempat pengajian ini. Bagi memudahkan pilihan anda , disini saya akan memberikan kelebihan juga kekurangan antara kedua-dua tempat pengajian ini.

Matrikulasi vs Asasi
Matrikulasi vs Asasi

Kenapa saya perlu memilih matrikulasi ?

ELAUN DISEDIAKAN SETIAP BULAN

Kepada anda yang tertanya-tanya  tentang perbelanjaan  setiap bulan, anda tidak perlu risau kerana kerajaan menyediakan elaun sebanyak RM250 kepada anda setiap bulan . Maka anda hanya perlu memikirkan yuran untuk semester 1 atau belanja keperluan awalan seperti duit perbelanjaan ke Matriks atau barang pengajian. Berita baik buat anda, untuk semester 2, yuran anda adalah tanggungan Kerajaan sepenuhnya maka anda tidak perlu risau tentang pembayaran yuran semester 2 iaitu kerajaan akan memberi bantuan sebanyak RM1250 kepada pelajar matriks.

TEMPAT TINGGAL ADALAH PERCUMA

Bukan itu sahaja, tempat tinggal bagi pelajar Matriks adalah percuma. Bagaimana dengan bil air dan elektrik ? anda tidak perlu risau bil-bil itu juga adalah ditanggung oleh kerajaan . Bagi pelajar yang kurang berkemampuan dan bebas PTPTN , tempat ini adalah sesuai buat anda.

TEMPOH PENGAJIAN YANG SINGKAT

Untuk pengetahuan anda juga, tempoh pengajian di matrikulasi adalah singkat iaitu selama setahun ke dua tahun. Maka lebih singkatlah perjalanan anda untuk melanjutkan pengajian ke Universiti .berbanding dengan program diploma yang mengambil masa lebih daripada 2 tahun.

Baca Juga :  Permohonan Diploma dan Sarjana Muda UPSI 2019

Apakah kelemahan matrikulasi ?

JADUAL BELAJAR PADAT

Kepada pelajar yang mudah mendapat “ stress” anda perlu menyiapkan mental anda untuk berhadapan dengan jadual belajar yang padat . Untuk pengetahuan anda, walaupun tempoh pengajian yang singkat, syarat untuk kemasukan ke universiti IPTA bagi pelajar Matriks adalah tinggi kerana saingan yang diberi oleh Institusi pengajian lain adalah sengit. Oleh itu, pelajar matriks perlu mendapat pointer yang tinggi untuk mendapat kos atau bidang yang baik di IPTA kelak. Berita kurang baik bagi pelajar yang mendapat 2 ppointer ke bawah , anda berkemungkinan akan menghadapi masalah untuk menyambung belajar ke IPTA atau anda hanya akan mendapat kos “lelong” kelak di universiti nanti.

Bagaimana dengan asasi ?

Untuk pengetahuan anda melalui post sebelum ini, asasi mempunyai 7 program iaitu Asasi hayat sains, Asasi Sains Syariah, Asasi Alam Bina, Asasi sains Fizikal, Asasi pendidikan islam dengan sains, dan Asasi Usuluddin .Bagi pelajar yang berminat dengan Asasi, universiti yang menawarkan program ini ini ialah Universiti yang popular di Malaysia seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM) ,Universiti Putra Jaya(UPM) dan banyak lagi . Antara kelebihannya ialah:

MUDAH MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA/IPTS

Untuk pelajar asasi , peluang untuk ke pengajian selanjutnya adalah mudah kerana  Sijil lepasan asasi adalah antara sijil yang menjadi keutamaan bagi setiap kemasukan universiti IPTA di Malaysia . Bukan itu sahaja, “majoriti” pelajar Universiti adalah datang dari bekas pelajar asasi. Oleh itu, peluang anda adalah besar untuk memperoleh “degree” .

CUTI YANG BANYAK

Baca Juga :  Course Juruteknologi Makmal Perubatan

Untuk program asasi, setiap semester mempunyai cuti , misalnya cuti yang panjang antara 3 semester adalah cuti semester 1 selama sebulan lebih. Tempoh pengajian juga adalah lebih singkat sebulan berbanding matrikulasi. Tambahan pula, jadual pelajar asasi tidak begitu padat, berbanding pelajar matrikulasi yang menghadapi sesi pembelajaran yang padat setiap hari.

KPT MEMBERI RM1250 SETIAP SEMESTER

Untuk yang berminat dengan Asasi , berita baik buat anda, Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) memberi bantuan sebanyak RM1250 setiap semester, malah yuran setiap semester adalah rendah sebanyak Rm350 setiap semester sahaja . Oleh itu, anda tidak perlu khuatir tentang PTPTN dan hanya fokus pada pelajaranran anda.

Apakah kekurangan asasi ?

TEMPAT TINGGAL DITANGGUNG SENDIRI

Kepada pelajar yang berminat untuk masuk ke asasi, sewa tempat adalah dibawah tanggungan sendiri, iaitu yuran bagi tempat penginap setiap semester adalah sebanyak RM360.. Berbanding dengan budak matriks ,mereka mendapat sewa percuma tempat tinggal.

MASA “ STUDY” YANG SINGKAT

Oleh kerana terdapat banyak cuti dan jadual pelajaran yang tidak padat, maka masa untuk budak asasi belajar adalah kurang . Maka sukarlah bagi mereka yang yang tidak belajar sendiri mendapat skor yang tinggi di setiap semester.

Sebagai kesimpulan, matrikulasi dan asasi mempunyai kelebihan dan kekuranganya masing-masing. Bagi yang kurang berkemampuan, adalah lebih baik untuk anda memilih Matrikulasi kerana program ini adalah tajaan kerajaan sepenuhnya. Sebaliknya bagi yang lebih gemar belajar sendiri ataupun lebih suka jadual belajar yang santai, asasi adalah tempat yang tepat bagi anda . Apapun program anda pilih, saya harap pilihan anda menjadi kejayaan di hari kelak.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here