Pilihan Terbaik Memilih IPTS

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Institut Pengajian Tinggi Swasta atau dikenali sebagai IPTS merupakan salah satu cabang bagi pelajar melanjutkan pelajaran selepas keputusan SPM dikeluarkan. Rata-rata pelajar meletakkan IPTS sebagai pilihan yang kedua atau pilihan terakhir bagi melanjutkan pelajaran sekiranya IPTA tidak menawarkan mana-mana khusus yang dipohon. Bukan itu sahaja, ada antaranya yang berasa agak gerun sebaik nama IPTS diutarakan.

Pelbagai persepsi mengenai IPTS akan bermain di fikiran. Persepsi begini perlulah dibuang. Buka mata anda kerana graduan keluaran IPTS semakin laku di mata majikan di luar sana. Ini menunjukkan IPTS juga mampu melahirkan graduan yang cemerlang setaraf dengan graduan lepasan UA. Oleh itu, akan timbul persoalan bagaimana atau tips memilih IPTS yang terbaik?

Pastikan Bidang Pilihan

Pertamanya, pelajar perlu memastikan pilihan bidang pengajian yang ingin diikuti. Tidak ke semua IPTS memenuhi bidang pengajian yang ingin anda teruskan. Jadi pastikan anda membuat pemilihan bidang pengajian dengan betul. Teruskan pengajian anda di IPTS yang menawarkan program pengajian pilihan anda sendiri. Namun begitu, jangan tidak tahu pula bahawa kebanyakan program yang ditawarkan di IPTS memenuhi keperluan pasaran pada masa kini. IPTS yang terbaik adalah IPTS yang mampu mengeluarkan graduan yang menjadi sasaran majikan di luar sana.

Selidiki Pelajarnya

Selain itu, IPTS menjadi pilihan yang terbaik apabila pelajar yang memasuki IPTS merupakan anak kepada kakitangan IPTS itu sendiri. Hal ini disebabkan, ibu bapa pelajar tersebut telah meletakkan keyakinan kepada IPTS yang menjadi tempat anak-anak merek meneruskan pelajaran. Boleh jadi juga IPTS berkenaan menawarkan yuran istimewa kepada pelajar yang merupakan anak kepada kakitangan. Keadaan ini bagi menunjukkan bahawa IPTS menghargai staf mereka yang menunjukkan sokongan kepada institut.

Bukan itu sahaja, kebanyak IPTS kini berada dalam kedudukan yang setaraf dengan UA. Lebih mengagumkan lagi! Terdapat beberapa IPTS yang telah mendapat pengiktirafan sebagai IPTS yang terbaik dalam ranting universiti seluruh dunia di Malaysia! Antara universiti tersebut ialah Multimedia University (MMU), Universiti Teknologi Petronas (Petronas), Taylor’s University dan beberapa IPTS yang tersenarai. Ini menunjukkan IPTS bukan calang-calang institusi yang boleh dipandang remeh. Sekiranya IPTS menjadi pilihan untuk anda meneruskan pengajian teruskan apa yang menjadi pilihan anda!

Malahan, sekiranya ada memilih IPTS sebagai institut bagi meneruskan pengajian, secara tidak langsung ada telah meletakkan diri ke dalam zon peningkatan. Hal ini disebabkan, anda akan terbiasa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Hampir kesemua silibus pembelajaran di IPTS menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, mahu atau tidak anda perlu menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian. Kelebihannya pula anda akan menguasai bahasa Inggeris dengan sangat baik.

Perlu ditekan lagi, kebanyakan graduan ditolak oleh majikan kerana penguasaan bahasa Inggeris yang sangat lemah! Bahasa Inggeris kini menjadi keutamaan dalam bidang pekerjaan. Oleh itu, pendekatan memasuki IPTS merupakan salah satu cara bagi anda kuasai Bahasa Inggeris. Benar bukan?

Akhir sekali, di mana jua institusi yang menjadi pilihan anda pastikan anda tidak putus asa dan teruskan usaha!

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here