PISMP: Syarat Kelayakan Ke Institusi Pendidikan Guru (IPG) Lepasan SPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

PISMP

Bagi adik-adik lepasan SPM yang ingin menjadi seorang pendiidik, inilah peluang anda untuk ketahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan PISMP: syarat kelayakan ke institusi Pendidikan Guru (IPG) Lepasan SPM. Pasti ramai yang ingin mengetahui apa yang dimaksudkan dengan PISMP.

PISMP adalah Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, ianya merupakan salah satu program tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khas buat pelajar lepasan SPM. Dibawah program ini, para pelajar atau calon yang bakal menjadi seorang pendidik akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun di IPG yang telah ditetapkan di dalam surat tawaran.

“Mereka yang lulus di PPISMP ini akan mendapat sijil tamat PPISMP dan akan ditawarkan kemasukan ke PISMP selama 4 tahun secara sepenuh masa. Dalam erti kata yang mudah, PPISMP seperti program Matrikulasi atau Asasi dimana mereka WAJIB lulus program persediaan ini sebelum meneruskan pengajian mereka ke Ijazah Sarjana Muda”

PISMP : Syarat Kelayakan Ke Institusi Pendidikan Guru (IPG) Lepasan SPM

Sebelum menjadi hero dalam sesuatu bidang calon WAJIB menghadapi beberapa syarat kelayakan ke institusi Pendidikan Guru (IPG) ini. Hal ini disebabkan menjadi tenaga pengajar bukan suatu urusan yang mudah tetapi ianya memerlukan kekentalan mental dan fizikal agar pengajar tidak menyakiti pelajar. Mereka pelru mendidik pelajar secara berhikmah dan sabar.

Justeru itu, sebelum menjadi pendidik yang bertauliah mereka perlu lepas Syarat Kelayakan ini dahulu. Antara syarat kelayakan ke Institusi pendidikan Guru (IPG) adalah:-

Info Tambahan :  6 Kemahiran Masa Hadapan yang Wajib Anda Kuasai

Syarat Am kelayakan adalah:-

  • Warganegara Malaysia
  • Umur TIDAK MELEBIHI 20 tahun pada tahun permohonan
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum

Syarat Akademik adalah seperti berikut:-

  • Mendapat gred cemerlang (A-/ A/ A+) dalam mana-mana lima matapelajaran di peringkat SPM
  • Mendapat SEKURANG-KURANGNYA gred kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah
  • WAJIB LULUS Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dalam bidang pengkhususan

Setiap Bidang Pengkhususan mempunyai syarat kelayakan tersendiri. Justeru itu, calon WAJIB membaca dahulu syarat kelayakan pengkhususan yang dipohon secara terperinci.

“Bagi calon yang ingin memohon bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, anda WAJIB menduduki dan lulus ujian amali”

PERINGATAN!!!

Setiap bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.

Cara permohonan Ke Institusi

Pendidikan Guru Bagi Lepasan SPM
Cara memohon adalah menerusi atas talian SAHAJA iaitu dilaman web Kementerian Pendidikan Malaysia 

PERINGATAN!!!

Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Pemohon yang terpilih WAJIB menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.

Pemohon DINASIHATI kerap melayari laman KPM  bagi mendapatkan iklan permohonan, ujian kelayakan UKCG, temuduga, syarat bidang khusus dan gred minimum serta kalender aktiviti sebelum membuat permohonan.

“Pemohon DIBENARKAN mengemukakan 1 permohonan dan boleh mengemaskini maklumat pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup”

PERINGATAN!!!

Pemohon WAJIB menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan. Permohonan yang TIDAK LENGKAP boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Info Tambahan :  SPM 2021: Jadual Lengkap Bertulis dan Lisan

Program Ijazah Sarjana Muda Lepasan SPM

Sebelum melayakkan diri bagi mengikuti PPISMP, pelajar terlebih dahulu perlu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun iaitu 2 semester. Setelah lulus program PPISMP pelajar akan diberikan sijil dan ditawarkan ke pengajian PISMP selama 4 tahun iaitu 8 semester seperti yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.

“Program PPISMP dan PISMP merupakan satu program yang dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa dan TIADA tawaran mod Separuh masa”

Calon Yang TIDAK LAYAK MEMOHON

Program Ijazah Sarjana Muda IPG
Antara calon yang tidak layak memohon Program Ijazah Sarjana Muda IPG adalah seperti berikut:-

  • Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institusi-institusi pendidkan KPM
  • Pemohon yang DIKENAKAN TATATERTIB atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awan atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan
  • Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institusi Pendidikan Guru tetapi GAGAL dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program
  • Pemohon yang PERNAH atau SEDANG DISABITKAN kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah

Jadi, dengan kepelbagaian syarat permohonan diharapkan para pelajar fahami setiap satu syarat permohonan. 

PISMP: Syarat Kelayakan Ke Institusi Pendidikan Guru (IPG) Lepasan SPM 1

***Selamat Maju Jaya kepada calon SPM 2020***

Rujukan:-
1)  http://www.moe.gov.my (Permohonan/ kelayakan permohonan Institusi Pendidikan Guru (IPG).

2) https://pismp.moe.gov.my/spcg_faq.cfm

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments