Program Bantuan My Kasih Kapital merupakan salah satu insentif kerajaan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 8 Mac 2021. Program bantuan My Kasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Mayarakat menerusi Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN). Pengumuman insentif ini diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bersemperna Sambutan Hari Wanita yang lepas.
Program bantuan ini bertujuan untuk membantu secara langsung kaun wanita untuk dijadikan suntikan modal perniagaan. Pada masa yang sama, ianyaa juga mengalakan mereka terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship bagi meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka.
Apa Itu E-dagang
E-Dagang atau E-Commerce adalah satu sistem laman web yang membolehkan pemiliknya melakukan penjualan atau jual beli bersama pelanggan. Dalam erti kata yang mudah, e-dagang adalah mengeksplitasi teknologi dan aplikasi bagi menghubungakn sistem pernigaaan kepada pelanggan.
Kebanyakan E-dagang ini banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi caggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan hati penggunaya.
E-dagang terbahagi kepada dua jenis iaitu :-
1) E-dagang di antara perniagaan dan perniagaan
F-dagang seperti ini melibatkan transaksi di antara dua atau lebih pernigaan atau syarikat. Ianya dimana satu pihak pernigaan adalah pembekal dan satu pihak lagi adalah pembeli.
2) E-dagang pernigaan dan pengguna
E-dagang ini melibatkan perniaga dengan pengguna. Transaksi ini bukanlah transaksi yang besar tetapi masih membuahkan hasil kerana akan tetap memperoleh keuntungan.
Program Bantuan My Kasih Kapital
Objektif Program My Kasih Kapital ini adlaah untuk:-
- Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan aakn pandemik COVID -19
- Membantu meningkatkan taraf hidup wanita yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan
- Pendekatan bagi mengoptimumkan potensi individu agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata
“Kerajaan menyediakan bantuan kewangan dan pemohon haruslah mempunyai minat untuk mengembangkan perniagaan”
Syarat permohonan
Syarat kelayakan untuk memohon program Bantuan My Kasih Kapital ini adalah:-
- Pemohon mestilah WARGANEGARA Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
- Pemohonan dibuka kepada Golongan WANITA SAHAJA
- Pemohon haruslah KETUA KELUARGA yang utama untuk mencari nafkah keluarga
- Pemohon haruslah individu yang menanggung keluarga tetapi sudah kehilangan mata pencarian disebabkan oleh pandemik COVID -19
- Pemohon ialah wanita yang mempunyai suami tetapi suami tiada keupayaan untuk mencari nafkah disebabkan oleh sakit
- Mempunyai minat dan bersungguh-sungguh untuk menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan
“Bukan senang untuk menjadi kaya dan bukan senang juga untuk menjadi miskin”
Cara memohon Bantuan My Kasih Kapital
Cara memohon bantuan My Kasih ini adalah seperti berikut:-
- “KLIK DISINI” untuk memohon
- Isi Maklumat yang di dalam setiap ruangan dan klik butang “NEXT” pada akhir setiap paparan
- Pastikan setiap maklumay yang di isi adalah tepat dan betul
- Pada paparan akhir klik butang “SUBMIT” untuk penghantaran permohonan
Sebarang Pertanyaan berkenaan dengan Bantuan My Kasih Kapital ini anda boleh:-
Urus setia Program Bantuan My Kasih kapital,
Yayasan Kebajikan Negara Malaysia,
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No. 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
61200 Putrajaya
No Telefon : 03-8323 2433
Laman Web Rasmi : https://yknm.org.my/
Sekiranya anda mempunyai kelayakan untuk memohon bantuan ini maka mohonlah. Selain daripada membantu kaum wanita menjana pendapatan bulanan, mereka juga bakal membuka peluang pekerjaan kepada para penganggur di luar sana.
Sekirnaya terdapat banyak peluang pekerjaan maka peratusan kadar pengganguran akan berkurangan dan akan melahirkan lagi generasi yang bijak pandai daripada segi IT dan Teknologi.
“Anda mampu mengubah nasib hidup anda sekiranya anda mahu melakukannya”
***JANGAN PERNAH MENOLEH KEBELAKANG UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERJAYA***