Permohonan biasiswa Yang Di – Pertuan Agong bagi sesi 2011 telah dibuka bermula 11- 18 julai 2011. Permohonan boleh dibuat melalui http://esilav2.jpa.gov.my/
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.
Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) biasiswa untuk peringkat Sarjana dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran setiap tahun.
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
- Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
- Mendapat tempat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.
- Sebaran permohonan Program Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2011
- Iklan dan keterangan program
- Garis Panduan program
- Syarat-syarat permohonan program
- Borang tambahan bagi kakitangan perkhidmatan awam
talian 03-8885-3436/3892/3564 atau emel di alamat [email protected]