Program Diploma di Pusat Perubatan Universiti Malaya – April 2011

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Program Diploma di Pusat Perubatan Universiti Malaya - April 2011 1

Pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti Program Diploma di Universiti Malaya adalah diperlawa untuk memohon.

Program yang ditawarkan

1) DIPLOMA KEJURURAWATAN

2) DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN

3) DIPLOMA RADIOGRAFI

Umur : Berumur 18 hingga 30 tahun

Jantina : Lelaki dan perempuan

Taraf Perkahwinan : Bujang

Tempat Pengajian  : Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tajaan : Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh Masa)

Kelayakan Akademik :

  • Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA
  • Bagi Program (1) memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen dipilih daripada Biologi, Kimia dan Fizik (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
  • Bagi Program (2) memperolehi kepujian dalam  dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)
  • Bagi Program (3) memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Cara Mohon

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara  online sahaja melalui PERMOHONAN ONLINE atau melalui laman web kami di  http://www.ummc.edu.mydengan mendapatkan ID PPUM berharga RM5.00 di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00  caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional) mulai 28 Mac 2011 hingga  10 April 2011.
  2. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
  3. ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temuduga melalui laman web PPUM mulai 18 April 2011 hingga 30 April 2011. Keputusan temuduga akan diumumkan mulai 6 Jun 2011 sehingga 7 Jun 2011.
  4. Borang permohonan secara  online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Tarikh tutup permohonan : 10 April 2011 (sehingga 12.00 tengah malam)

Untuk Maklumat lanjut dan tepat anda dinasihatkan merujuk IKLAN PENUH

 

14 thoughts on “Program Diploma di Pusat Perubatan Universiti Malaya – April 2011

    1. semak di link memohon haritu..tapi sy cuba masuk tadi..nampaknya laman web ummc tu ada masalah.. laman utama dia pun xboleh masuk..bersabar yer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *