Program yang ditawarkan
1) DIPLOMA KEJURURAWATAN
2) DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
3) DIPLOMA RADIOGRAFI
Umur : Berumur 18 hingga 30 tahun
Jantina : Lelaki dan perempuan
Taraf Perkahwinan : Bujang
Tempat Pengajian : Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Tajaan : Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh Masa)
Kelayakan Akademik :
- Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA
- Bagi Program (1) memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen dipilih daripada Biologi, Kimia dan Fizik (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
- Bagi Program (2) memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)
- Bagi Program (3) memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
Cara Mohon
- Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui PERMOHONAN ONLINE atau melalui laman web kami di http://www.ummc.edu.mydengan mendapatkan ID PPUM berharga RM5.00 di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional) mulai 28 Mac 2011 hingga 10 April 2011.
- Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
- ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temuduga melalui laman web PPUM mulai 18 April 2011 hingga 30 April 2011. Keputusan temuduga akan diumumkan mulai 6 Jun 2011 sehingga 7 Jun 2011.
- Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul
Tarikh tutup permohonan : 10 April 2011 (sehingga 12.00 tengah malam)
Untuk Maklumat lanjut dan tepat anda dinasihatkan merujuk IKLAN PENUH
14 thoughts on “Program Diploma di Pusat Perubatan Universiti Malaya – April 2011”
Adakah selepas grad diploma nursing trus dserap krja di ppum.atau kena sambung studies lagi
Keputusan tu kne cek 25/4 ni ke?? knp xboleh cek..
salam saya cuba isi kejururawatan, tapi tak boleh.. kenapa ye?
Betulkah diploma radiografi tidak ditawarkan bgi ambilan baru 2016 nihh??
salam.. nak tny, ppum tanggung stahun jaa kan?? kira lps pd stahun, pnjam ptptn ka??
semakan temuduga diploma ppum boleh check dmana ya ?
semak di link memohon haritu..tapi sy cuba masuk tadi..nampaknya laman web ummc tu ada masalah.. laman utama dia pun xboleh masuk..bersabar yer..
as salam…aduhhh cam ner ni nak semak ppum?still xdpat ni..
semak di link memohon haritu..tapi sy cuba masuk tadi..nampaknya laman web ummc tu ada masalah.. laman utama dia pun xboleh masuk..
ok..sy dah check n semakan ditunda pada 25 plak..terima ksih..
oh..yer ker? mungkin perlu sy update terbaru maklumat ni..tq..
k..sama2
thanks a lot for the information 🙂
Sama2..terima kasih juga sbb singgah sini : )