Program GENIUS Kurnia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Program GENIUS Kurnia Pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas sudah dilancarkan. Pendidikan awal ini bagi memudahkan kanak-kanak berkeperluan khas mengurusakan diri mereka dengan sendirinya.

TAHUKAH ANDA!!!

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak berkeperluan khas menawarkan maklumat komuniti khususnya guru-guru yang mendidik kanak-kanak berkeperluan khas. Kursus ini menerangkan aspek penting yang perlu dititikberatkan ketika mendidik atau menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

Program GENIUS Kurnia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas 2021

Program GENIUS Kurnia

Program GENIUS Kurnia Pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyal kepelbagaian aspek penting. Antara aspek penting tersebut adalah:-

  • Kaedah penaksiran yang perlu dijalankan
  • Kaedah pembangunan Pelan Pendidikan Individu dan Keluarga (PPIK)
  • Aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dan sebagainya


Kursus diatas talian ini TIDAK mengenal sempadan secara tidak langsung dapat membantu membantu guru-guru mendidik kanak-kanak berkeperluan khas dengan lebih berkesan lagi. 

INFO TAMBAHAN!!!

Kursus dalam talian baharu yang menerangkan dengan terperinci mengenai panduan strategi intervensi bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

Layari https://www.openlearning.com/permatakurnia dan KLIK JOIN NOW pada kursus ikurnia : Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas.

Program ini adalah salah satu inisiatif kepada para guru dan ahli terapi untuk mendidik kanak-kanak berkeperluan khas. Selain daripada para pendidik dan ahli terapi penyertaan juga dibuka kepada individu-individu yang berminat mendalami pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas.

Antara individu yang BUKAN dalam kalangan pendidik atauahli terapi adalah seperti individu yang mempunyai anak istimewa atau penulis dan lain-lain individu. Tujuan utama mereka mengikuti program ini untuk lebih memahami Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Justeru itu, amatlah DIGALAKKAN ibu bapa atau individu yang mempunyai anak istimewa untuk mengikuti program ini.

Antara kelebihan sekiranya anda mengikuti Program ini adalah, anda akan dapat ketahui atau pelajari pelbagai jenis modul. Antarra modu Pendidikan Awal Kanak-kaank Berkeperluan khas adalah seperti:-

Info Tambahan :  10 Carian Enjin Terbaik Untuk Pelajar

Program GENIUS Kurnia


1) Modul 1 : Perkongsian Pengalaman
2) Modul 2 : Pentksiran
3) Modul 3 : Strategi Pengajaran
4) Modul 4 : Aktiviti Pembelajaran 

Apa Yang Akan Pemohon Perolehi Selepas Hadiri Program Ini

Pemohon akan perolehi banyak manfaat setelah mengikuti Program ini. Antara manfaat yang bakal mereka perolehi adalah seperti:-

  • Peserta dapat menyatakan pengalaman yang dihadapi oleh para ibu bapa dan guru yang mendidik anak berkeperluan khas ini
  • Peserta dapat menyenaraikan langkah-langkah penaksiran yang dijalankan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
  • Peserta dapat menerangkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keadaan dan situasi kanak-kanak
  • Peserta dapat menjelaskan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak berkeperluan khas

Banyak pengalaman dan idea yang bakal peserta perolehi setelah mengikuti Program ini. Justeru itu, anda boleh teruskan pengalaman ini bagi menimba lebih banyak ilmu pengetahuan. JANGAN pernah berasa kekurangan apabila anda ikuti sesuatu Program. Anggaplah peluang yang anda perolehi ini satu nikmat kejayaan yang BUKAN semua dapat perolehi. 

Info Tambahan :  Bagaimana Mahu Menutup Sesi Temuduga Dengan Success?

TAHUKAH ANDA!!!

Kelebihan mengikuti Program GENIUS Kurnia Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkepelruan Khas adalah seperti:-

  • Ikuti Program secara PERCUMA dan Akses 24 Jam
  • E-Sijil
  • Terima mata jam kredit untuk SPLKPM dan MyCPD (Tertakluk pada terma dan syarat)

Diharapkan dengan WUJUDNYA PROGRAM seperti ini dapat membantu pihak yang berkenaan untuk lebih memahami kanak-kanak berkeperluan khas ini. Justeru itu, teruskanlah mengekses ilmu menerusi dalam talian bagi memudahkan lagi untuk kita mendapatkan ilmu berkenaan dengan kanak-kanak berkepelruan khas ini.
Progarm GENIUS Kurnia


Maksud kanak-kanak berkeperluan khas adalah individu yang diperakukan oleh pengamal perubatan atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta yang mempunyai :-

  • Ketidakupayaan penglihatan
  • Ketidakupayaan pendengaran
  • Ketidakupayaan pertuturan
  • Ketidakupayaan fizikal
  • Masalah pembelajaran atau
  • Mana-mana kombinasi ketidakupayaan atau masalah

TAHUKAH ANDA!!!

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini, intervensi awal amatlah PENTING. Ianya bagi menyediakan keselesaan kepada mereka semasa bergaul dengan orang ramai. Justeru itu kefahaman akan tingkahlaku mereka amatlah penting bagi setiap pendidik dan ibu bapa.

Justeru itu, dengan WUJUDNYA program seperti ini, ianya dapat membantu ibu bapa agar lebih memahami anak berkeperluan khas ini. Pada masa yang sama, memudahkan lagi ibu bapa dan pendidik untuk ketahui halatuju kehidupan mereka pada masa akan datang. 

“Ilmu itu luas maka TIDAK salah untuk mempelajarinya untuk menambahkan ilmu pengetahuan”

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments