Program GENIUS remaja telah ditubuhkan bermula tahun 2010 bagi mempratikkan amalan pendidikan berterusan bagi anak-anak Malaysia. Tujuan program GENIUS remaja bagi merealisasikan impian golongan remaja berisiko B40 yang mempunyai pelbagai kekurangan bagi mengapai impian mereka. Justeru itu, program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi merealisasikan impian mereka yang kurang berkemampuan.
“Program GENIUS remaja ini bagi membuka peluang kepada golongan B40 untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka menerusi pelbagai cabang ilmu”
Tujuan UTAMA program GENIUS remaja ini diwujudkan adalah bagi memastikan golongan remaja terutamanya golongan B40 tidak tertinggal dalam mengejar kecemerlangan hidup. Selain itu, ianya juga bagi memastikan rakyat Malaysia khususnya mempunyai taraf hidup yang selesa bagi melestarikan kehidupan pada hari esok.
“Tanpa ilmu kita kelihatan gagal dalam meneruskan hidup TETAPI sebenarnya ilmu TIDAK akan berguna sekiranya tiada mereka yang bijak menggunakanya”
TAHUKAH ANDA!!!
Sepanjang 10 tahun program GENIUS ini dilaksanakan, 20% daripada mereka yang terlibat sudah BERJAYA melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) manakala 75% telah berjaya bekerja dan membuka perniagaan sendiri dan selebihnya masih lagi belajar.
*** Tiada istilah sukar untuk berjaya kerana TIADA wang, tetapi sebenarnya andalah yang menentukan siapa anda pada masa hadapan ***
Program Genius Remaja Bagi Merealisasikan Impian Golongan Remaja B40
Jarang kita mendengar program GENIUS remaja ini, tetapi sebenarnya program ini sudah bertapak di Malaysia sudah 10 tahun bermula pada 5 Januari 2010. Program ini adalah strategi bersepadu antara program GENIUS remaja dengan Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) dengan kerjasama Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM).
Program GENIUS remaja ini mengetegahkan 2 program utama iaitu:-
-
Komuniti PERKASA
Program komuniti PERKASA adalah salah satu program pendekatan asas bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk berjaya. Antara pendekatan program termasuklah :-
√ Pembangunan remaja positif bagi meningkatkan keupayaan untuk melindungi diri mereka dan mengurangkan risiko
√ Bagi menerapkan amalan penyertaan secara aktif dalam kalangan remaja
√ Memupuk aset remaja bagi meningkatkan daya tahan mereka
Syarat kemasukan komuniti PERKASA adalah seperti :-
• Terbuka kepada semua remaja berusia 11 tahun sehingga 19 tahun
• Mempunyai MINAT untuk belajar dan menimba ilmu pengetahuan
• Ingin mencungkil bakat dan keupayaan diri
• Mampu memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap kelas yang disertai
-
Kem PERKASA
Kem PERKASA ini mengambil masa selama 4 minggu dan selama 4 minggu itu kem PERKASA akan membahagikan kepada dua bentuk program iaitu:-
a) Kem PERKASA remaja (2 minggu)
Dalam kem PERKASA remaja ini mereka akan diberikan modul seperti:-
√ Modul Penerokaan Kendiri
√ Modul Pengurusan Kendiir
√ Modul Pemerkasaan Kendiri
√ Modul Kerohanian
Syarat Peserta Kem PERKASA adalah seperti berikut:-
- Lelaki
- Berumur antara 18-25 tahun
- Sihat tubuh badan
- Tiada kes jenayah
- Boleh membaca dan menulis
- Bersemangat tinggi
- Tidak bersekolah atau tamat sekolah
- Ingin berubah dan memperbaiki cara hidup
- Terlibat dalam aktiviti menunggang motosikal secara berbahaya
- Pernah dikenakan hukuman kesalahan trafik atau perintah khidmat masyarakat
b) Pembangunan kemahiran/ kursus intensif teknikal (2 minggu)
Objektif program ini adalah bagi memperkasa dan membangunkan remaja berdasarkan kekuatan atau aset mereka sendiri. Usaha gigih ini dapat terlihat mampu melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkualiti dari pelbagai cabang.
*** Anda adalah aset penting kepada kejayaan anda ***
Selain daripada program GENIUS ini, pihak kerajaan juga ada melaksanakan Projek Impian Remaja. Ianya merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan PERKASA, UKM ke arah penambahbaikan kaedah bantuan dalam pembangunan golongan remaja berisiko B40.
“Remaja adalah penyambung generasi akan datang, justeru itu amat penting bagi melahirkan generasi yang bijak pandai dalam pelbagai bidang”
Platform utama Projek Impian Remaja ini adalah bagi mewujudkan kerjasama bagi pihak kerajaan korporat dan komuniti. Salah satu saluran baharu yang diperkenalkan adalah :-
Program Anak Angkat Impian Remaja
Program Sumbangan Am Impian Remaja
TAHUKAH ANDA!!!
Projek Impian Remaja ini telah berjaya membentuk jaringan bersama beberapa sektor korporat berserta sumbangan yang begitu bagus dalam menjayakan usaha murni ini.
Sektor korporat yang terlibat dalam projek impian remaja ini adalah sektor korporat:-
- Kajang Plaza Medical Center
- Atomy Malaysia Sdn. Bhd
- Export-Import Bank of Malaysia Berhad (Exim Bank)
- Yayasan Food Bank Malaysia
- Malaysia Timber Council (MTC)
TAHUKAH ANDA Apa Itu PERKASA?
PERKASA adalah singkatan perkataan bagi Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA). Ia berperanan dalam menjalankan penyelidikan dan intervensi untuk tujuan pemerkasaan demi membina generasi muda yang berkeyakinan, bersigat dinamik, dan mempunyai jati diri yang mantap.
Tiada istilah kegagalan dalam hidup tanpa mencuba untuk memperbetulkan segala kesilapan dan kegagalan yang kita perolehi. Hal ini disebabkan kegagalan akan wujud apabila tiada daya atau semangat untuk berubah. Perubahan itu penting bagi membangkitkan semula semangat untuk berubah.
***Pilihan Ada Ditangan Anda***
Rujukan:-
1)
http://www.ukm.my/perkasa/ms/latarbelakang/
2) https://www.moe.gov.my/korporat/bahagian-dan-unit/bahagian-genius
3) http://www.ukm.my/perkasa/news/kem-kepimpinan-genius-remaja/
4) http://www.ukm.my/perkasa/ms/syarat-peserta-kem-perkasa/
5) http://www.ukm.my/perkasa/ms/modul-kem-perkasa/
Mr.Reading
Semoga usaha murni ini menatijahkan hasil yang positif.