Cara Tebus Telefon Pintar Secara Percuma menerusi Program Jaringan Prihatin B40 yang telah di sediakan oleh pihak kerajaan telah banyak membantu meringakan beban rakyat pada musim pandemik ini. Justeru itu, pemohon WAJIB ketahui cara tebus telefon pintar secara percuma di pusat telekomunikasi yang berdekatan dengan anda.
TAHUKAH ANDA!!!
Menerusi Program Jaringan Prihatin B40, pihak kerajaan telah meneyediakan Bantuan sebanyak RM300 peranti serta RM180 data bulanan untuk membantu Rakyat yang susah untuk mendapatkan data untuk tujuan pembelajaran anak-anak dll.
Anda perlu ketahui cara untuk menebus telefon pintar secara percuma di pusat telekomunikasi berdekatan anda. Kemudahan data secara percuma sebanyak 1GB yang dahulunya tamat pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan sehingga Program Subsidi Jaringan Prihatin ini bermula. Justeru itu, bagi golongan B40, anda TIDAK perlu risau untuk mendapatkan data percuma setelah program data percuma sebanyak 1GB ini tamat.
PERINGATAN!!!
Anda boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi pilihan dari 5 MEI 2021 sehingga 31 JULAI 2021. Manakala, program ini akan berlangsung dari 5 MEI 2021 sehingga 31 JULAI 2022.
Program Jaringan Prihatin B40 : Cara Tebus Telefon Pintar Secara Percuma
Bagi pengetahuan umum, anda boleh memilih salah satu dari dua manfaat yang telah disediakan oleh pihak kerajaan menerusi Program Jaringan Prihatin B40 ini. Antara pakej yang disediakan adalah pakej peranti atau pelan data untuk 12 bulan.
Syarat Penebusan
Menerusi Program Jaringan Prihatin B40, pihak kerajaan telah menyediakan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon. Antara kriteria yang telah disediakan oleh pihak kerajaan adalah:-
- Pemohon yang LAYAK membuat penebusan perlu memohon melalui syarikat telekomunikasi yang menjadi pilihan
- Hanya 1 TUNTUTAN dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak
- Sekiranya mempunyai 2 nombor mudah alih, individu hanya boleh memilih 1 nombor mudah alih yang menerima tuntutan subsidi yang DITAWARKAN
- Penerima yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum sebanyak 3 kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan
- Penerima TIDAK boleh menebus subsidi lebih daripada sekali sebulan
- Penerima TIDAK boleh memindahkan subsidi kepada pihak ketiga mahupun menukar kepada bentuk tunai
Cara Tebus Telefon Pintar Secara Percuma/ Langgan Tawaran Program Jaringan Prihatin
Kepada pemohon yang layak dan ingin membuat penebusan atau melanggan dan untuk ketahui tawaran yang di sediakan, anda boleh melayari pautan syarikat telekomunikasi yang terlibat.
Cara melakukan penebusan/ langgan tawaran adalah seperti berikut:-
- Anda perlu PASTIKAN anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum melakukan permohonan.
- Semak kelayakan di laman web BPR iaitu di https://www.bpr.hasil.gov.my atau di laman web syarikat telekomunikasi yang terlibat
- Sekiranya anda mempunyai KELAYAKAN untyk memohon, anda boleh mendaftar sebagai pelanggan
- Tentukan subsidi yang menjadi pilihan
- Nikmati peranti atau data secara percuma
Program Jaringan Prihatin B40
Menerusi Program Jaringan Prihatin ini, rebat RM180 (kredit telekomunikasi) dibuka kepada individu BUJANG atau BERKAHWIN yang tiada anak bawah umur 18 tahun. Manakala, bagi Program Jaringan Prihatin rebat RM300 (telefon pintar) pula dibuka kepada individu BUJANG atau BERKAHWIN dengan anak bawah umur 18 tahun.
Anda akan dapat menikmati bantuan kredit telekomunikasi telefon pintar atau smartphone secara percuma menerusi Program Jaringan Prohatin ini TANPA mengira anda bujang, pelajar IPT, pelajar sekolah dll.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu lebih ramai orang di luar sana berkenaan dengan Program yang sedang dijalankan oleh pihak kerajaan. Tujuan sebenar, pihak kerajaan mewujudkan pelbagai bantuan ini bagi meringankan beban rakyat semasa musim pandemik ini.
Justeru itu, sebagai rakyat yang bijak anda WAJIB menggunkan segala bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dengan betul. Bagi pelajar Sekolah Menengan, Sekolah Rendah atau IPT gunakanlah segala kelebihan internet percuma atau telefon pintar percuma ini dalam meningkatkan taraf pengetahuan anda dalam pelajaran.
Manakala, bagi individu bujang yang LAYAK menerima, gunakanlah kelebihan ini untuk meningkatkan taraf hidup anda. Bermaksud sekiranya anda seorang yang masih mencari pekerjaan MUNGKIN anda boleh menggunkan kelebihan yang diberikan oleh kerajaan dengan berniaga secara online atau lakukan carian pekerjaan dengan lebih mudah. Dengan cara tu, ianya dapat meningkatkan taraf hidup anda setelah anda mendapat pekerjaan untuk membantu ahli keluarga.