Program Jaringan Prihatin : Permohonan Internet Percuma 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan Internet percuma

Permohonan Internet percuma 2021 amat membantu rakyat. Hal ini disebabkan, pada musim pandemik ini, data internet adalah sangat PENTING. Justeru itu, pihak kerajaan telah mengambil satu langkah kehadapan iaitu mengadakan program jaringan prihatin untuk membantu rakyat B40 untuk memudahkan lagi urusan mereka TERUTAMANYA para pelajar yang bakal memulakan pdpr selepas cuti perayaan ini sehingga cuti semester bermula. Justeru itu, pihak kerajaan telah memnyediakan bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih bagi penerima BPR. 

TAHUKAH ANDA!!!

Program Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas syarikat telekomunikasi di Malaysia. Antara syarikat telekomunikasi yang disediakan adalah Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redOne, speakOut, Tune talk, U Mobile, Unifi, XOX, YES dan Yoodo.

Program Jaringan Prihatin : Permohonan Internet Percuma 2021

Permohonan Internet percuma

Bagi program jaringan prihatin ini, golongan yang layak menerima bantuan program ini adalah semua warganegara Malaysia yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Golongan ini layak menyertai program Jaringan Prihatin ini.

Sekiranya anda penerima yang layak membuat permohonan Internet percuma 2021, anda boleh melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini. Pelan ini telah disubsidi bersama oleh kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini.

Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan iaitu:-

  • Subsidi 1 : Subsidi pelan data bulanan atau
  • Subsidi 2 : Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih
Info Tambahan :  Cuti Sabatikal: Apa Itu dan 3 Cara Bagaimana

Subsidi di dalam program permohonan Internet percuma ini juga mengikut kelayakan pemohon BPR mengikut kategori berikut:-

1) Penerima BPR (yang sudah berumahtangga/ ibu tunggal) dan MEMPUNYAI anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:-

  • RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti atau
  • RM15 sebulan untuk perancangan data bulanan selama 12 bulan

2) Penerima BPR (Bujang/ berkahwin) dan TIDAK mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:-

  • RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan

Cara Memohon Untuk Menyertai Program Jaringan Prihatin : Permohonan Internet Percuma 2021

Bagi mereka yang layak untuk mendaftar dengan syarikat telekomunikasi terpilih dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021. 

PERINGATAN!!!

Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak. Sekiranya anda mempunyai dua nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu nombor mudah alih sahaja untuk menerima tuntutan subsidi tersebut.

“lakukan pemilihan telekomunikasi yang sesuai dengan kawasan Internet perumahan anda” 

Subsidi jaringan ini akan diberikan melalui pembelian pelan data atau pakej peranti syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi. Kaedah atau prosedur untuk mendapatkan subsidi untuk prabayar dan pascabayar akan berbeza-beza mengikut syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian. Justeru itu, penerima subsidi boleh merujuk kepada laman seswang syarikat telekomunikasi pilihan untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Info Tambahan :  6 Langkah Mudah Semak Lebihan Bayaran PTPTN

INFO TAMBAHAN!!!

Penerima yang menerima bantuan pelan ini DIBENARKAN untuk menukar pelan sebanyak 3 kali sepanjang 12 bulan tempoh program dijalankan. Penerima layak mendaftar dengan satu syarikat telekomunikasi pada sesuatu masa sepanjang tempoh program.

Kebenaran menukar Pelan sebanyak 3 kali ini bagi memastikan Internet yang diperolehi itu mempunyai kelajuan yang maksium di kawasan perubahan anda. Hal ini disebabkan kadar kelajuan Internet memaikan peranan dalam penggunaan Internet di rumah. Justeru itu, pihak kerajaan membenarkan penukaran syarikat telekomunikasi sebanyak 3 kali dalam masa 12 bulan. 

PENTING!!! 

Baca dahulu setiap syarat yang telah ditetapkan oleh pihak telekomunikasi berkenaan dengan penebusan dan penukaran. 

PERINGATAN!!!

Penerima TIDAK boleh:-

  • Menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih sekali sebulan
  • Memilih masa pembayaran subsidi dibuat. 
“Masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza antara syarikat telekomunikasi yang berbeza dan antara pelan prabayar dan pasca bayar”
  • Memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai
  • Menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan

Diharapkan segala perkongsian ini dapat membantu pihak yang sedang memerlukan bantuan mendapat informasi yang berguna dan dapat membantu mereka yang memerlukan.
Permohonan Internet percuma


Disini terdapat beberapa syarikat telekomunikasi yang meneyrtai Program Jaringan Prihatin ini. Antaranya adalah:-

1) Celcom 
2) Digi 
3) Maxis 
4) Mcalls
5) redone 
6) speakOUT
7) Tune Talk
8) U Mobile
9) unifi Mobile
10) XOX Mobile
11) YES
12) Yoodo

1 thought on “Program Jaringan Prihatin : Permohonan Internet Percuma 2021”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top