Program Kejuruteraan ( Jerman, Prancis, Jepun dan Korea ) Tahun 2014

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print
JPA

Bagi calon lepasan SPM 2013, peluang baik bagi yang telah cemerlang dalam SPM tahun lepas dibuka. Bagi yang berminat boleh mohon segera untuk program kejuruteraan ( Jerman, Prancis, Jepun dan Korea ). Permohonan dibuka selama 7 hari sahaja iaitu mulai jam 8.30 pagi 21 Mac 2014 sehingga 27 Mac 2014.

  1. Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 untuk mendapatkan tajaan Jabatan  Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014.
  2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (on-line application) melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my mulai 21 Mac 2014.
  3. Tarikh tutup permohonan tajaan Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014 adalah pada 27 Mac 2014 (Khamis) iaitu 7 hari selepas permohonan dibuka.
  4. Mulai tarikh iklan ini disiarkan, calon hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai program/ bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan. Maklumat lanjut mengenai program/ bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web http://esilav2.jpa.gov.my .
  5. Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui keputusan panggilan Student Assessment Center (SAC) JPA pada 11 April 2014.
  6. Student Assessment Center (SAC) JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 15 hingga 18 April 2014.
  7. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3552/3541/3453 Talian-talian ini dibuka setiap hari bekerja dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
  8. Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3670/3398/3564/3489 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang atau e-mel di alamat [email protected]
  9. Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web http://www.jpa.gov.my dan http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014. – Sumber

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here