Program Kemahiran , Peluang Baik Lepasan PMR

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print
KPM

Satu permohonan program kemahiran dibuka dan ianya satu peluang yang baik bagi pelajar yang berminat. Satu program kolabotatif Kementerian Pendidikan Malaysia KPM dengan Institut Latihan Kemahiran Awam ILKA menyediakan saluran pembelajaran luar dari kebiasaan kepada lepasan PMR tahun 2013.

Peluang ini diberikan bagi lepasan PMR 2013 mengubah arah pembelajaran dari pembelajaran harian biasa kepada pembelajaran kemahiran demi memenuhi keperluan tenaga kerja dan insdustri berkemahiran masa depan.

Kursus yang ditawarkan juga menarik dan mempunyai potensi tinggi untuk Berjaya samaada dalam pekerjaan atau bekerja sendiri. Bidang yang dibuka untuk permohonan antaranya :

  • Teknologi perkhidmatan bangunan penyelenggaraan
  • Teknologi pemprosesan
  • Teknologi kimpalan
  • Teknologi penyejukbekuan
  • Teknologi sistem computer
  • Fesyen dan jahtan
  • Hiasan dalaman
  • Juga bidang-bidang dalam kluster pengangkutan, kulinari, dandanan rambut, media kreatif, Elektronik, elektrikal, hospitality, senibina, pembuatan dan banyak lagi.
Baca Juga :  Proses Borang Permohonan Sekolah Sukan

Syarat umum

Terdapat syarat umum dan khusus permohonan, untuk syarat umum permohonan :

  • Warganegara Malaysia
  • Calon menduduki PMR tahun 2013
  • Calon sihat tubuh badan
  • Bebas dari penyakit kronik
  • Calon berminat dengan bidang yang dipohon.

Klik sini untuk rujuk syarat khusus.

Cara memohon

Baca Juga :  Isu Penempatan Guru , Ini Jawapan SPP Pendidikan

Peluang yang diberikan merupakan salah satu altenatif untuk pelajar yang kurang minat belajar pelajaran harian biasa kepada pembelajaran kemahiran. Kemahiran ini penting kerana apa yang dipelajari merupakan kebolehan tersendiri yang tidak semua orang boleh membuatnya. Ini merupakan peluang untuk masa depan yang cerah untuk anda memohon kerja ataupun mengusahakan sendiri peniagaan tidak kira sector pembuatan, perkhidmatan atau baikpulih. Jika anda berkemahiran kelak, tidak mustahil untuk anda mendapatkan RM 50- 100 sehari upah/ jualan anda jika anda rajin dan komited dengan masa depan anda. Semoga Berjaya.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here