Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) merupakan salah satu inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menaiktaraf ilmu pengetahuan pelajar dalam bidang pengiraan dan pembacaan. Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) ini. Program ini bertujuan untuk memberi sokongan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh berasaskan sekolah murid tahun 2 dan tahun 3. Program ini mula dilaksanakan mulai Mac 2020.

Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) ini merupakan salah satu inisiatif pihak KPM untuk meningkatkan taraf pendidikan kepada pelajar sekolah rendah. Ianya bagi memastikan pelajar mendapatkan pendidikan awal atau pandai membaca dan mengira ketika usia 8 tahun lagi. Selain itu, pihak KPM juga ingin memastikan murid tahun 2 dan tahun 3 ini mendapat pendidikan di rumah selari dengan pendidikan di sekolah.

Program literasi dan numerasi sekolah rendah

Ojektif Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN).

Setiap satu yang dihasilkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pasti mempunyai objektif yang tersendiri. Justeru itu, bagi PLaN ini objektif utama pihak KPM adalah:-

  • ​Memastikan semua murid tahun 2 dan tahun 3 boleh menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum iaitu tahap penguasaan 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik

Sekiranya mereka mampu menguasai 3 tahap dalam mata pelajaran ini maka mereka mampu untuk:-

√ Berupaya melakukan operasi asas matematik
√ Tahu dan faham asas matematik
√ Berketerampilan dalam berbahasa
√ Berupaya melahirkan idea melalui bahasa
√ Kebolehan komunikasi

Justeru itu, objektif PLaN ini memudahkan murid tahun 2 dan tahun 3 untuk maju kehadapan untuk pelajaran yang seterusnya pada masa hadapan.

“Jangan pernah pandang mudah akan setiap satu program yang pihak KPM jalannya kerana setiap program yang dijalankan mempunyai objektif yang tersendiri bagi membantu anak bangsa”

Fokus Aktiviti PLaN ini adalah:-

  • Pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik bagi murid tahun 2 dan tahun 3.
  • Komuniti pembelajaran guru yang aktif.
  • ​Penyediaan bahan pentafsiran yang memenuhi keperluan murid.
  • Pemantapan pengurusan pentadbiran sekolah.
  • ​Penetapan sasaran pencapaian murid.
  • ​Kempen kesesaran ibu bapa/ penjaga dan komuniti.

Apakah peranan ibu bapa/ penjaga dan komuniti dalam PLaN

Program literasi dan numerasi sekolah rendah

Bagi menjayakan program PLaN ini, ibu bapa/ penjaga memainkan peranan yang amat besar sekali. Hal ini disebabkan ibu bapa yang bakal bersama anak-anak sepanjang perintah kawalan pergerakan ini dilaksanakan. Justeru itu, bagi menjayakan program literasi dan numerasi sekolah rendah ini, ibu bapa perlu memainkan peranan sebaiknya sebagai ibu bapa.

Antara peranan ibu bapa bagi menjayakan PLaN ini adalah:-

  • ​Membantu dan membimbing anak-anak dalam aktiviti membaca, menulis dan mengira
  • ​Memberi dorongan dan pujian apabila anak-anak selesai menyiapkan latihan

“Sesungguhnya pujian daripada ibu bapa merupakan hadiah paling istimewa buat anak-anak. Ianya mampu membangkitkan semangat anak untuk terus berjaya dalam setiap perkara yang di pelajarinya”
  • ​Menjadikan bahan bacaan lebih mudah untuk diperoleh
***Jadikan rumah ibarat perpustakaan mini buat anak-anak agar mereka minat untuk membaca***

Letakkan kata-kata semangat seperti “ilmu pelita hidup” dan lain-lain

  • ​Ibu bapa/ penjaga WAJIB menjadi suri tauladan yang terbaik buat anak-anak agar mampu menarik minat anak untuk membaca

Peranan Komuniti dan Swasta dalam Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)

Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) 1

Di dalam program PLaN ini, bukan ibu bapa/ penjaga sahaja yang memainkan perana penting bagi menjayakan program ini malahan komuniti juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan program ini berjaya.

Antara peranan komuniti dan Swasta adalah:-
√ Menjadi sukarelawan dalam aktiviti membaca, menulis dan mengira di sekolah
√ Menyediakan ruang pembelajaran di luar bilik darjah yang sesuai
√ Menyumbang bahan bantu belajar yang menarik
√ Menganjurkan program yang berimpak tinggi untuk peningkatan keupayaan murid dalam membaca, menulis dan mengira.

Impak Postif bagi Program PLaN ini adalah dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam bidang kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selain itu murid juga lebih seronok untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu yang lain. Pada masa yang sama, program ini dapat membantu para pelajar atau murid membina semula keyakinan diri untuk belajar dan berkomunikasi secara berkesan dengan orang awam.

Bagi pengajar yang mahukan modul penuh program PLaN yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Anda boleh KLIK DISINI bagi modul LITERASI atau KLIK DISINI bagi modul NUMERASI.

Walaupun program PLaN ini tidak dapat dilaksanakan di sekolah disebabkan oleh pendemik COVID -19 tetapi pihak ibu bapa/ penjaga boleh melaksanakan program ini di rumah bagi memastikan anak-anak tetap mendapatkan pendidikan sepertimana yang disediakan oleh pihak sekolah. Ibu bapa hanya perlu rajin untuk menjadi sumber utama anak-anak ketika berada dirumah. Hal ini disebabkan pelajar lebih belajar dari rumah berbanding sekolah. 

“Sesungguhnya pendidikan awal adalah pendidikan yang bermula di rumah bukan hanya disekolah kerana suri tauladan pertama anak-anak adalah ibu bapa”

Rujukan:-
1) https://www.facebook.com/KemPendidikan
2) Kementerian pendidikan Malaysia
3) https://www.moe.gov.my/

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments