Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Jurusan yang ditawarkan oleh pihak Matrikulasi adalah seperti:-
1. Jurusan Sains
- Sains Hayat
- Sains Fizikal
- Sains Komputer
2. Jurusan Kejuruteraan
- Kejuruteraan Asas
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Elketrik & Elektronik
- Kejuruteraan Mekanikal
3. Jurusan Perakaunan
- Perakaunan
- Perakaunan Profesional
Syarat Kemasukan Ke Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Syarat kelayakan kemasukan permohonan adalah seperti berikut:-
a) Pemohon mestilah berumur TIDAK MELEBIHI 20 tahun pada 1 Januari 2021
b) Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. matapelajaran adalah mengikut jurusan atau aliran yang dipohon.
Mata pelajaran tersebut adalah:-
- Jurusan Sains
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Kimia
- Salah satu matapelajaran (Fizik atau Biologi)
- Jurusan kejuruteraan
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Kimia
- Fizik
- Salah satu matepelajaran berikut biologi/ sains tambahan/ lukisan kejuruteraan/ pengajian kejuruteraan awam/ pengajian ekjuruteraan mekanikal/ pengajian ekjuruteraan elektrik & elektronik/ asas kelestarian/ komputer/ sains sukan/ lukisan kejuruteraan/ grafik komunikasi teknikal/ prinsip perakaunan/ ekonomi/ perdagangan/ perniagaan
- Jurusan Perakauanan
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Dan mengambil 3 mata pelajaran berikut fizik/ kimia/ biologi/ matematik tambahan/ sains/ sains tambahan/ lukisan kejuruteraan/ asas kelestarian/ pertanian/ sains rumah tangga/ reka cipta/ sains komputer/ sains sukan/ lukisan kejuruteraan/ grafik komunikasi teknikal/ prinsip perakaunan/ ekonomi/ perdagangan/ perniagaan/ pendidikan syariah islamiah/ tasawwur islam/ pengajian kejuruteraan awam/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ pengajian kejuruteraan elektrik & elektronik
- Jurusan Perakaunan Profesional
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Dan mengambil 2 nmata pelajaran berikut fizik/ kimia/ biologi/ sains/ sains tambahan/ lukisan kejuruteraan/ asas kelestarian/ pertanian/ sains rumah tangga/ reka cipta/ sains komputer/ sains sukan/ lukisan kejuruteraan/ grafik komunikasi teknikal/ prinsip perakaunan/ ekonomi/ perdagangan/ perniagaan/ pendidikan syariah islamiah/ tasawwur islam/ pengajian kejuruteraan awam/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ pengajian kejuruteraan elektrik & elektronik
Bidang yang bakal di ceburi di peringkat Ijazah mengikut jurusan yang ditawarkan
Bagi bidang yang boleh di ceburi adalah:-
1) Jurusan Sains – perubatan, kejuruteraan, pergigian, farmasi, Dietetik, Sains, Teknologi Maklumat, Seni Bina, Kejururawatan, Sains Forensik, Sains Kesihatan Bersekutuan dan lain-lain
2) Jurusan Kejuruteraan – Kejuruteraan, Seni Bina, Keselamatan & Kesihatan Pekerja dan Bidang Teknikal kain
3) Jurusan Perakaunan – Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, Pentadbiran Awam, Teknologi Maklumat, Pengurusan, Sumber Manusia, Undang-undang dan lain-lain
INFO TAMBAHAN!!!
Mulai tahun 2021, Matematik Tambahan BUKANLAH matapelajaran WAJIB bagi jurusan perakaunan TETAPI ianya mata pelajaran WAJIB bagi jurusan Sains, kejuruteraan dan perakaunan profesional.
4) Jurusan perakaunan Profesional – Sijil Profesional Assosiation of Chartered Certified Accountants (ACCA) di UiTM.
Pemilihan pelajar yang LAYAK memasuki ke program Matrikulasi ini adalah mengambil kira 90% markah akademik dan 10% daripada markah kokurikulum. Justeru itu, selain bijak dalam pelajaran anda juga perlu aktif dalam bidang kokurikulum.
Cara Menyemak Keputusan Matrikulasi adalah dengan menerusi laman web
PERINGATAN!!!
Rayuan boleh dibuat secara atas talian melalui Laman Web Rasmi Matrikulasi selepas keputusan Matrikulasi diumumkan.
Setelah selesai menerangkan jurusan dan cara permohonan ke Matrikulasi ini, diharapakan calon yang memohon dapat fahami setiap satu syarat kemasukan. Hal ini bagi mengelakkan calon daripada di tolak permohonan kerana TIDAK layak memohon jurusan tersebut. Fahami dan ketahui dahulu permohonan agar ianya lebih mudah untuk dipohon.
***PILIHAN DI TANGAN ANDA***