Program Matrikulasi sesi 2021/2022 hampir melabuhkan tirai mereka maka kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi sesi 2022/ 2023 akan bermula. Justeru itu, sebagai seorang pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi ini WAJIB mengetahui serba sedikit berkenaan dengan hala tuju mereka ke Matrikulasi ini
Antara MANFAAT yang bakal para pelajar perolehi sekiranya mengikuti program Matrikulasi ini adalah seperti:-
- Satu tahun pengajian
- Yuran pengajian dan penginapan PERCUMA
- Bantuan sara hidup pelajar bagi yang layak
- Diiktiraf oleh Univeristi dalam dan luar negara
- Laluan kerjaya ke perkhidmatan awam
INFO PENTING!!!
TAHUKAH ANDA, kelebihan mengikuti program Matrikulasi yang ramai terlepas pandang adalah kebanyakan pelajar lepasan Matrikulasi hampir 90% mampu MELAYAKKAN diri untuk memasuki alam universiti dengan jayanya.
Program Matrikulasi Sesi 2022/2023
Umum sudah ketahui bahawa, pihak Matrikulasi menawarkan 4 jurusan kepada pelajar lepasan SPM. Setiap jurusan yang ditawarkan mempunyai kelebihan yang tersendiri mengikut kelaykan para pelajar. Justeru itu, untuk melakukan permohona pelajar WAJIB ketahui syarat kelayakan kemasukan ke jruusan tersebut.
Antara tawaran jurusan Program Matrikulasi yang ada adalah seperti;-
1) Jurusan Sains
Kebanyakan pelajar yang LAYAK memohon jurusan sains di Matrikulasi ini adalah para pelajar yang berasal dari Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Swasta, MRSM dan lain-lain.
Kebiasaanya, bagi pelajar jurusan sains ini meraka LAYAK untuk melanjutkan pengajian mereka dalam bidang Perubatan , Kejuruteraan, Pergigian, Farmasi, Sains, Teknologi Maklumat, Seni Bina, Kejururawatan, Sains Forensik , Fisioterapi, Pendidikan atau bidang yang berada di dalam pengajian STEM
Di dalam jurusan Sains ini, terdapat 3 aliran. Dalam setiap aliran terdapat perbezaan matapelajaran yang diambil oleh para pelajar. Antara 3 aliran tersebut adalah:-
a) Aliran Sains Hayat
- Biologi
- Kimia
- Fizik
- Matematik
b) Aliran Sains Fizikal
- Fizik
- Kimia
- Matematik
- Sains Komputer
c) Aliran Sains Komputer
- Sains Komputer
- Biologi
- Kimia
- Matematik
Syarat minimum SPM bagi MELAYAKKAN diri anda untuk mengikuti Program Matrikulasi ini adalah seperti berikut:-
- Bahasa Melayu : C
- Bahasa Inggeris : C
- Matematik : B
- Sejarah : LULUS
- Matematik Tambahan : C
- Fizik/ Biologi : C
- Kimia : C
2) Jurusan Kejuruteraan
Mereka yang LAYAK memohon jurusan kejuruteraan ini adalah mereka dari aliran sains dan teknikal. Walaubagaimana sekalipun, calon yang DIGALAKKAN memohon ke Jurusan ini adalah mereka yang dari sekolah Menengah Teknik.
Pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan ini LAYAK melanjutkan pengajian di dalam bidang kejuruteraan seni bina, keselamatan dan kesihatan pekerja dan lain-lain bidang teknikal lain.
Bagi jurusan kejuruteraan ini terdapat 4 aliran yang berbeza matapelajaran. Antara aliran yang ada di dalam jurusan kejuruteraan adalah seperti:-
a) Aliran Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Matematik
- Kimia
- Fizik
b) Aliran Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Mekanikal
- Matematik
- Kimia
- Fizik
c) Aliran kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Awam
- Matematik
- Kimia
- Fizik
d) Aliran Asas Kejuruteraan
- Asas Kejuriuteraan
- Matematik
- Kimia
- Fizik
Syarat minimum SPM bagi MELAYAKKAN diri anda untuk mengikuti Program Matrikulasi ini adalah seperti berikut:-
- Bahasa Melayu : C
- Bahasa Inggeris : C
- Matematik : B
- Sejarah : LULUS
- Kimia : LULUS
- Matematik Tambahan : C
- Fizik : C
- Bagi mana-mana satu matapelajaran : C
3) Jurusan Perakaunan
Kebanyakan pelajar yang LAYAK memohon jurusan perakaunan di Matrikulasi ini adalah para pelajar yang berasal dari Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Swasta, MRSM dan lain-lain.
Kebiasaanya, bagi pelajar jurusan perakaunan ini meraka LAYAK untuk melanjutkan pengajian mereka dalam bidang perakaunan, pengurusan, perniagaan, ekonomi, pentadbiran, perniagaan/awam, teknologi maklumat, pengurusan, sumber manusia, undang-undang dan lain-lain.
Bagi pelajar yang mengambil jurusan perakunan ini, matapelajaran yang diambil adalah seperti:-
- Matematik
- Perakaunan
- Ekonomi
- Pengurusan perniagaan
Syarat minimum SPM bagi MELAYAKKAN diri anda untuk mengikuti Program Matrikulasi ini adalah seperti berikut:-
- Bahasa Melayu : C
- Bahasa Inggeris : C
- Matematik : C
- Sejarah : LULUS
- Bagi mana-mana tiga matapelajaran : C
4) Jurusan Perakaunan Profesional
Bagi jurusan perakaunan profesional, mereka yang LAYAK memohon adalah pelajar lepasan SPM dari Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Swasta, MRSM dan lain-lain.
Menerusi jurusan ini, pelajar akan memperlajari subjek:-
- Financial Accounting
- Managment Accounting
- Accountant in Business
- Matematik
***HANYA Kolej Matrikulasi Selangor sahaja yang menawarkan jurusan perakaunan profesional ini***
Bagi calon yang memasuki jurusan perakaunan profesional ini mereka LAYAK memasuki UITM di dalam bidang Professional Association of Charted Certified Accountants (ACCA).
INFO TAMBAHAN!!!
ACCA adalah Association of Charted Certified Accountants. ACCA adalah sebuah organisasi global untuk pekerja professional di bidang akauntansi dan finance. ACCA menawarkan sijil kelayakan atau gelaran Akauntant bertauliah. ACCA ini diiktiraf oleh kebanyakan negara.
Diharapkan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu para pelajar dalam membuat pemilihan untuk menyambung pengajian mereka selepas SPM ini. Pendidikan itu adalah satu ilmu untuk membantu kita untuk memajukan diri, bangsa dan agama.
Rujukan:-
1)https://matrikulasi.moe.gov.my/