Program Mengenalpasti Bakat sukan (TID) TID atau dalam Bahasa Inggeris adalah talent identification / talent scouting (TID) merupakan salah satu proses penapisan dan mengenalpasti bakat sukan yang ada pada seseorang atlet itu. Justeru itu, bagi mereka yang mengimpikan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) atau Sekolah Sukan Negeri (SSN) atlet WAJIB lulus ujian TID ini terlebih dahulu.
KELEBIHAN Ujian TID ini dilaksanakan sebelum atlet masuk ke sekolah sukan adalah:-
- Memudahkan pelatih MENGENALPASTI SUKAN yang paling SESUAI dengan seseorang ATLET sebelum mereka betul-betul mengikuti sesuatu sukan itu.
- Dapat meningkatkan kebolehan serta pencapaian atlet dari aspek perkembangan kemahiran dan teknik.
- Jurulatih mampu menyediakan latihan yang lebih sistematik mengikut kemampuan atlet
Ujian TID ini mempunyai dua ujian iaitu:-
- Ujian Antropometrik dan
- Ujian kecergasan
1) Antropometrik
Ujian Antropometrik ini melibatkan 4 komponen iaitu:-
• Ketinggian Berdiri
Ukuran jarak daripada lantai sehingga bahagian paling atas kepala TANPA menggunakan alas kaki. Ukuran ketinggian berdiri ini penting kerana setiap ketinggian mempunyai kepentingan dalam sesuatu jenis sukan.
Contoh :- sukan yang memerlukan atlet TINGGI seperti bola keranjang, bola jaring manakal memerlukan atlet yang sedikit RENDAH seperti Gimnastik dan terjun
• Ketinggian Duduk
Ukuran dari lantai sehingga atas kepala dalam posisi duduk sambil melunjur kaki kehadapan. Pada kebiasaanya antropometrik ketinggian duduk ini bagi mencari atlet yang mempunyai kaki dan badan yang panjang (sukan lompat tinggi) manakala, bagi mereka yang mempunyai kaki dan badan yang rendah sangat sesuai bagi sukan angkat berat (mempunyai kestabilan yang lebih)
• Panjang Depa
Jarak mendepa dari hujung jari tangan ke hujung jari tangan kiri dalam posisi melintang dimana ketinggian depa selari dengan ketinggian bahu. Tujuan pengukuran panjang depa ini bagi mendapatkan ukuran depa yang sebenar. Hal ini, panjang depa memainkan peranan penting dalam pemilihan atlet bagi sukan renang, peninju dan angkat berat.
• Berat tubuh badan
Ukuran berat badan akan dijalankan dengan atlet perlu berpakaian sukan TETAPI berat akan diambil TANPA kasut atau apa-apa barang yang boleh menganggu dalam pengukuran berat badan.
Berat badan memainkan peranan yang SANGAT penting dalam penentuan pemilihan atlet dalam sesuatu sukan.
2) Ujian Kecergasan
Ujian Kecerdasan ini melibatkan ujian:-
• Ujian Lari Pecut 40 meter
Keupayaan memecut 40 meter dengan catatan masa terpantas dengan permulaan gaya berdiri statik. Tujuan Ujian Lari pecut 40 meter ini adalah untuk mengukur catatan masa terpantas atlet.
“Kepantasan dan kelajuan merupakan salah satu element penting dalam kebanyakan sukan dan permainan.”
Contoh sukan yang mementingkan kelajuan adalah bola sepak, olahraga, hoki dll
• Ujian Jangkauan Melunjur
Keupayaan melunturkan badan semasa posisi duduk melunjur ke lantai. Ujian ini bagi melihat tahap kelunturan (kelembutan) tubuh atlet. Tujuan ujian adalah bagi mengukur tahap kelunturan dah kelembutan sendi pinggul, belakang dan pinggul peha.
• Ujian Lari Ulang Alik 10 meter
Catatan masa yang paling pantas bagi melakukan larian ulang-alik 10 meter. Tujuan ujian ini bagi menguji ketangkasan dalam masa yang paling singkat. pada kebiasaanya, ujian ini bagi memilih mereka yang sesuai dalam permainan sukan bola sepak, badminton, olahraga dll. Ujian ini lebih tertumpu kepada ketahana staminan pergerakkan atlet dalam jangka masa yang singkat.
• Lompat Jauh Berdiri
Keupayaan kedua-dua belah kaki semasa melompat. Contoh sukan yang mementingkan kekuatan kedua-dua belah kaki adalah bola tampar dan lompat padang.
Penerangan diatas ini bagi memudahkan ibu bapa semasa membuat persiapan fizikal dan mental anak-anak mereka yang mahu memohon ke sekolah sukan. Perkara WAJIB yang perlu mereka ambil tahu adalah, setiap permohon WAJIB lulus ujian mengenal pasti bakat sukan dahulu sebelum di nilai oleh pihak Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet.
Bagi mereka yang sudah biasa mengikuti pertandingan sukan di peringkat negeri, kebangsaan dll mereka pasti sudah biasa akan dua jenis ujian ini. Hal ini disebabkan sebelum mereka berjaya mengikuti latihan secara serius dalam sesuatu sukan pastinya mereka akan diuji dahulu oleh guru sekolah. Justeru itu, ujian mengenal pasti bakat sukan ini bukan sesuatu pelik buat atlet.
Rujukan:-
1) https://www.academia.edu/15110761/BAHAGIAN_SUKAN_KEMENTERIAN_PELAJARAN_MALAYSIA_PROGRAM_MENGENAL_PASTI_BAKAT_SUKAN_TID
2) https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/sekolah-sukan-malaysia
3) https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/sekolah-sukan-negeri