Program Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Program Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 1

Program Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ramai pelajar yang telah melapor diri atau mendaftar secara atas talian bagi sesi 2020/2021 ini kerana pandemik COVID 19. Justeru itu, permohonan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga adalah melalui atas talian Sahaja. Terdapat beberapa tajaan pendidikan yang telah disediakan antaranya:-

1) Tajaan biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negeri (PIDN) diploma/ijazah sarjana muda

Program Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2


PERHATIAN!!
Baca & fahami setiap satu syarat kelayakkan untuk memohon biasiswa tajaan JPA ini. Program Ijazah Dalam Negeri (PIDN) adalah berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar peringkat ijazah pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (IPTA), Politeknik Primer atau Goverment Linked Universiti (GLU).

Syarat Umum permohonan:-

  • Warganegara Malaysia
  • ​Umur TIDAK melebih 22 tahun pada tahun permohonan atau 23 tahun bagi pelajar peralihan
  • ​Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh

PERINGATAN!!!
WAJIB kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan Malaysia

  • ​Calon/ Ibu / bapa calon tidak disenarai hitamkan oleh pihak JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA
  • ​TIDAK menerima sebarang tajaan atau bantuan kewangan daripada mana-mana pihak pada peringkat pengajian yang sama

Syarat Khusus permohonan:-

  • Telah memulakan permohonan pengajian Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup

a) Bagi pelajar dalam bidang PERUBATAN / PERGIGIAN
​Memperoleh keputusan “LULUS” bagi semester terkini pengajian
​Mempunyai baki tahun pengaijan 24 bulan TIDAK termasuk semester terkini/ semasa

Info Tambahan :  5 Pertimbangan untuk Asasi, Diploma, Vokasional atau STPM

b) Bagi pelajar SELAIN daripada bidang perubatan / pergigian
​Pelajar yang sudah memulakan pengajian dan mendapat PNGK terkini SEKURANG-KURANGNYA 3.0

  • ​Mempunyai baki tahun pengajian 18 bulan TIDAK termasuk semester terkini/ semasa
  • Pelajar yang sudah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya 1 semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat PNGK sekurang-kurang 3.25 diperingkat diploma dari IPTA, politeknik, GLU yang disenaraikan

Bidang pengajian yang boleh memohon PIDN

  • Kejuteraan & Teknikal
  • ​Sains Sosial
  • ​Klinikal & Kesihatan
  • ​Sains
  • ​Seni bina
  • ​Vaterinar

2) Program Dermasiswa B40

Program Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 3

Program Dermasiswa ini mensasarkan kepada pelajar SPM yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma dalam bidang teknik dan vokasional (TVET) TETAPI haruslah mempunyai latar belakang keluarga B40 (mengikuti syarat yang di letakkan oleh kerajaan Malaysia).

Penajaan Pogram Dermasiswa B40 ini haruslah di bawah program Universiti Awam (UA), Politeknik & Institusi Kemahiran Awam (IKA).

Syarat Kelayakan Umum permohonan:-

  • Warganegara Malaysia
  • ​Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama pada tahun 2019
    ​Umur TIDAK melebihi 19 tahun pada tarikh permohonan dan 20 tahun bagi pelajar peralihan
  • Calon/ Ibu / bapa calon tidak disenarai hitamkan oleh pihak JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA
    ​TIDAK menerima sebarang tajaan atau bantuan kewangan daripada mana-mana pihak pada peringkat pengajian yang sama

NOTA!!!
Bidang pengajian yang tidak ditaja oleh Program Dermasiswa B40 adalah:-

  1. Kejururawatan
  2. ​Pendidikan
  3. ​Sijil profesional khas untuk perlesenan eg: penerbangan
  4. ​Kursus profesional seperti Certified
  5. Legal Practitioner (CLP) &
  6. Chartered Accountancy (CA)
Info Tambahan :  Upwork vs Fiverr: Mana Best Untuk Freelancer

Intitusi Tajaan yang dibenarkan adalah:-

  • ​Universiti Awam
  • ​Politeknik
  • ​Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • ​Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • ​Institusi Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
  • ​Kolej Komuniti
  • ​Kolej Kemahiran Tinggi Mara

3) Program Penajaan Nasional (PPN)

Program Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 4


Program Penajaan Nasional ini merupakan salah satu jenis penajaan pinjaman boleh ubah (PBU) kepada pelajar terbaik SPM bagi melanjutkan pelajaran mereka ke universiti terkemuka dunia.

Penajaan ini bermula daripada peringkat Persediaan sehinggalah peringkat ijazah pertama TETAPI perlu di ingatkan ianya tertakluk kepada terma dan syarat.

Syarat Kelayakan Umum permohonan:-

  • Warganegara Malaysia
  • Calon/ Ibu / bapa calon tidak disenarai hitamkan oleh pihak JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA
  • ​TIDAK menerima sebarang tajaan atau bantuan kewangan daripada mana-mana pihak pada peringkat pengajian yang sama
  • ​Mendapat sekurang-kurangnya 9A+ bagi subjek yang telah disenaraikan dan baki subjek minimum A- (jika ada)
  • ​Umur belum mencecah 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan diduduki

Negara yang layak untuk di pohon bagi pemohon adalah United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (USA) sahaja.

Permohonan tajaan dibuka secara atas talian:-

https://esilav2.jpa.gov.my/

Secara keseluruhannya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan pelbagai program penajaan buat semua pelajar yang berkelayakan untuk memohon tidak kira samaada permohonan program tajaan dalam mahupun luar negara.

Rujukkan:-
1) http://docs.jpa.gov.my/docs/images/BMI/PPN.pdf
2) https://esilav2.jpa.gov.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top