Program PENJANA KPT – CAP 2020

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

PENJANA KPT

Program PENJANA KPT- CAP adalah insiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaraan graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak COVID -19. Graduan yang terpilih untuk mengikuti program di bawah PENJANA KPT- CAP berpeluang untuk meningkatkan kemahiran serta mendapat penempatan pekerjaan setelah tamat program.

Bagi graduan yang berminat untuk mengikuti program ini boleh melakukan permohonan menerusi portal Great https://great.mohe.gov.my. Bagi yang berminat untuk mengikuti program ini, anda WAJIB mohon program mengikut kategori institusi anda. Antara institusi yang terlibat adalah:-

  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
***SELAMAT MENCUBA UNTUK MEMOHON KE PROGRAM YANG BANYAK SKILL INI***

Program PENJANA KPT – CAP

PENJANA KPT

Institusi yang melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah melibatkan:-

  • Pelajar Univeristi Awam (UA)
  • Pelajar Politeknik
  • Pelajar Kolej Komuniti

Syarat Umum bagi mengikuti Program PENJANA KPT- CAP menggunakan laluan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah seperti berikut:-

a) WARGANEGARA Malaysia
b) Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti
c) Graduan 2019 dan 2020 yang memenuhi syarat dan graduan tahun 2021
d) Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/ Diploma/ Sijil. Manakala bagi graduan lepasan politeknik dan kolej komuniti yang mengambil pengajian di peringkat Sijil layak untuk memohon untuk mengikuti program ini
e) Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA

Info Tambahan :  Gagal SPM, Peluang Selepas SPM

TAHUKAH ANDA!!!

Objektif Utama Program PENJANA KPT- CAP adalah bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan Univeristi Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti yang bergraduan pada tahun 2019 (belum bekerja) atau telah tamat pengajian pada tahun 2020 untuk mengikuti program latihan kemahiran ini.

Antara 7 jenis Agensi yang turut menjalankan program PENJANA “upskilling dan Reskilling” selain daripada PENJANA KPT- CAP adalah:-

1) Human Resource Development Fund (HRDF) [https://www.hrdf.com.my/]
2) Majlis Amanah Rakyat (MARA0[ https://www.mara.gov.my/en/index/]
3) Northern Corridor Economic Region (NCER) [https://www.ncer.com.my/]
4) East Coast Economic Region (ECER) [https://www.ncer.com.my/]
5) Kementerian pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) [https://www.medac.gov.my/]
6) Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) [http://www.kbs.gov.my/]
7) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, MOTAC

Perbezaan di antara Program PENJANA dan Program PENJANA KPT- CAP

Perbezaan di antara Program PENJANA dan Program PENJANA KPT- CAP adalah kumpulan sasaran mereka. Bagi program PENJANA KPT- CAP kumpulan sasar adalah graduan tahun 2019 sehingga 2020 yang telah tamat pengajian dan masih belum mendapatkan pekerjaan.

Manakala, program PENJANA menerusi 7 agensi lain ini pula TIDAK meletakkan kumpulan sasar mereka kepada graduan univeristi tahun 2019 sahaja.
Justeru itu, sekiranya anda mahu mengikuti Program PENJANA ini tetapi BUKAN di dalam kumpulan sasar PENJANA KPT- CAP maka anda DIGALAKKAN untuk mengikuti program PENJANA dari 7 agensi yang berdaftar ini.

Info Tambahan :  Jurusan Universiti Di Malaysia: 10 Tips Penting

PERINGATAN!!!

Tawaran program akan diberi kepada satu program sahaja. Sekiranya anda sudah ditawarkan satu program menerusi PENJANA maka anda TIDAK AKAN DITAWARKAN ke program yang lain.

Manakala, bagi Institusi Pengajian Tinggi Swasta adalah melibatkan :-

  • Universiti Awam (UA)
  • Univeristi Swasta

Syarat umum bagi Institusi Tinggi Swasta akan di update dari semasa ke semasa oleh pihak PENJANA. Justeru itu, buat masa ini hanya syarat umum yang melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja yang baru di update.

PENJANA KPT


Sebarang Pertanyaan Berkenaan Dengan Program PENJANA KPT- CAP ini boleh terus ke:-

Urus Setia PENJANA KPT- CAP
Aras -3 Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Presint 5, 62200, PUTRAJAYA

No Telefon :-
KPT : 03-8870 5088/ 5445
JPT : 03-8870 6473/ 6464/ 6479
JPPKK : 03-8888 2667/ 3406/ 3511
Email : penjanakpt[at]mohe.gov.my

Diharapkan dengan wujudnya Program PENJANA KPT- CAP ini dapat membantu graduan untuk upskilling mereka dalam setiap industri yang mereka pohon. Selain itu, membantu para graduan untuk melebarkan sayap mereka dalam bidang yang mereka minati ini. 

***TANPA SKILL SIAPALAH ANDA, TANPA ILMU APALAH MAKNA SKILL***

Program seperti ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan buat graduan agar mereka juga boleh memasarkan diri mereka di dalam bidang yang bakal mereka ceburi itu. Bukan senang untuk menangani cabar kebolehpasaran graduan dan pada masa yang sama untuk mengurangkan akibat wabak COVID -19 ini.

Justeru itu, langkah yang diambil oleh pihak KPT sangat bagus untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan ini. Ribuan terima kasih diucapakan kepada pihak PENJANA dan KPT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *