Program Sijil Fesyen dan Pakaian

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Fabrik

Untuk program sijil fesyen dan pakaian ini biasanya pelajar akan diberikan keutamaan untuk mempelajari kemahiran kreativiti dan teknik membuat pakaian, pemahaman tekstil dan keusahawanan dalam industri fesyen dan pakaian. Bidang ini merupakan bidang berpotensi kerana pakaian merupakan keperluan asas manusia dan pastinya permintaan untuk pakaian adalah semakin meningkat sejajar dengan petambahan penduduk dunia.

Subjek yang dipelajari

Untuk kursus diperingkat sijil biasanya ia melibatkan pelajaran seperti :

  • Ilustrasi fesyen
  • Pola asas pakaian dan penyesuaian pola
  • Sampel proses jahitan
  • Senireka fesyen
  • Hiasan pakaian
  • Teknlogi membuat pakaian
  • Strategi pemasaran
  • Kajian fabric

Peluang Pekerjaan

Kebiasaanya lepasan sijil dalam bidang fesyen dan pakain ini akan memenuhi pekerjaan seperti :

  • Pereka fesyen
  • Usahawan ( butik )
  • Tukang jahit
  • Juruteknik pakaian
  • Bekerja di jabatan kerajaan atau swasta melibatkan fabrik.
  • Membuka perniagaan sendiri berasaskan pengetahuan dan kemahiran dimiliki.

Tempat belajar

Sebenarnya banyak institusi yang menawarkan perkhidmatan mengajar sijil fesyen dan pakaian ini, ia termasuk di IPTA, politeknik, giatmara ataupun Kolej Komuniti. Sebagai contoh, Kolej Komuniti memberikan kemudahan elaun rm 250 sebulanĀ  kepada yang layak. Selain itu, bagi yang tidak layak juga boleh memohon pinjaman atau tajaan lain.

Tempoh Pengajian

Kebiasaanya tempoh pengajian adalah 3 -4 bulan dan jika mengambil kursus lanjutan boleh mencapai 1-2 tahun.

Kelayakan Memohon

Untuk memohon biasanya memerlukan kelulusan Sijil Pelajaran Malayisa atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional ( SPMV ). Galakan memohon diberikan kepada lepasan sekolah menegah teknik dan aliran vokasional.

Bagaimana memohon

Untuk memohon digalakkan pergi sendiri ke Kolej Komuniti yang dipilih ( pastikan kolej komuniti tersebut ada menawarkan kursus yang diminati ) ataupun boleh terus mendapatkan maklumat permohonan di Portal bahagian pengambilan pelajar Kolej Komuniti.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
7 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
NOR AINI
NOR AINI
Guest
9 months ago

Assalamualaikum, saya nak bertanya? bolehkah adik saya yang diketegorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) memohon kursus dalam bidang jahitan.. Dia OKU dari segi masalah pembelajaran. Tetapi dia tidak mempunyai sijil SPM mahupun PT3 sama sekali.. sebelum ini dia pelajar PENDIDIKAN KHAS di satu sekolah menengah dan mempunyai kad berwarna pink yang berukuran ic.. Itu sahaja dari saya.. Sekian, Terima Kasih.

MUHAMMAD FARIS BIN ABDULLAH ZAWAWI
Guest
3 years ago

Saya berminat dalam bidang menjahit dan saya ingin sambung belajar dalam bidang ini . tetapi boleh tak saya nak belajar tapi saya tiada sijil spm

Fif
Fif
Guest
5 years ago

Hello, saya fify. saya sebenarnya sedang mencari kursus menjahit. Boleh tahu tawaran ni ada kat sabah juga ka? actually sebelum ni saya pernah ambil diploma multimedia design di cosmopoint sabah. Tapi saya berminat nak belajar menjahit.masalahnya saya lngsg basic menjahit.tapi kalo boleh saya memang sangat nak belajar.boleh kah kalau saya ikut kursus ni.?

fiziesss
Admin
Reply to  Fif
5 years ago

Hi, sebenarnya giat mara/ kolej komuniti ada menyediakan kursus menjahit jagka pendek. Juga ada yang berbayar yang menyediakan kursus begini. Cuba ke pejabat berkaitan atau menghubungi no tel yang ada. cuba gunakan carian untuk mencari no tel institusi bekenaan untuk bertanya kursus terdekat.

Erliza paruka
Guest
5 years ago

Sya berminat dengan kursus jahitan yang di tawarkan.bagaimana caranya untuk memohon tawaran ini.

mila yusof
mila yusof
Guest
6 years ago

Saya berminat nak belajar menjahit ..
Bagaimana cara Nak masuk kelas ini

nadzirah zainol
nadzirah zainol
Guest
6 years ago

Salam wbt.
Saya berminat dengan kursus jahitan yang ditawarkan. Boleh saya tahu bagaimana untuk memohon tawaran ini. Berapa lama kah kursus yang ditawarkan? Dan adakah di akhir kursus, para pelajar boleh memperoleh sijil/diploma? Terima Kasih

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x