Proses Borang Permohonan Sekolah Sukan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Borang Permohonan Sekolah Sukan
Borang Permohonan Sekolah Sukan

Sebenarnya pihak pengurusan sekolah sukan menyediakan borang permohonan sekolah sukan secara online. Sekolah sukan merupakan pendekatan baru untuk melatih atlit sukan yang boleh menghasilkan pekerjaan sebagai ahli sukan dan juga mengharumkan nama negara. Permohonan Sekolah sukan ini dibuka 2 kali setahun dan ianya dilaksanakan secara online.

Borang Permohonan Sekolah Sukan Online

Untuk makluman, borang online disediakan untuk permohonan bagi mempermudah akses tidak mengira tempat dan masa. Walaupun demikian, permohonan tidak dibuka umum kepada pelajar. Beberapa organisasi telah ditetapkan untuk membuat pencalonan dan mengakses sistem permohonan.

Permohonan Sedang dibuka

Ketika artikel ini ditulis, permohonan sekolah sukan dibuka untuk pengambilan januari 2018 dan bakal ditutup permohonan pada 15 Oktober 2017. Sekiranya anda mempunyai bakat dan pencapaian sukan yang membanggakan adalah lebih baik anda berjumpa dengan pihak yang boleh membuat pencalonan.

Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

Pihak Pencalonan

Berikut ialah pihak yang boleh mengakses permohonan dan membuat pencalonan :

  • Majlis Sukan Negara (MSN),
  • Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK),
  • Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
  • Sekolah Sukan Malaysia (SSM),
  • Sekolah Sukan Negeri (SSN).

Permohonan dan borang permohonan sekolah sukan online

Permohonan boleh diakses melalui laman rasmi permohonan sekolah sukan online :

Mohon Online Sekolah Sukan

Syarat Kemasukan Atlet Murid Ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

​Syarat Umum Kemasukan Ke SSM

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  • Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
  • Telah melalui proses kenalpasti bakat (Talent Identification (TID)/Talent Search/Talent Scouting).
  • Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh : Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf).
Info Tambahan :  Belajar Seni Bina atau Kejuruteraan Pada Tahun 2023?

​Syarat Khusus Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia

  • ​Pengambilan Atlet Murid Sekolah Rendah Tahun 5 dan Tahun 6
  • Keutamaan untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan.
  • Menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS).
  • Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

​Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 1

  • ​Memperoleh sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR.
  • Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

​Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5

  • ​Menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)/Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
  • Dipilih melalui Talent Search/Talent Scouting.

​Keputusan Pemilihan Dan Penempatan Atlet Murid Sekolah Sukan Malaysia

  1. Semua pemilihan calon akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Murid ke Sekolah Sukan Malaysia.
  2. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam minggu pertama bulan Disember bagi Ambilan Januari dan minggu ketiga bulan Jun bagi ambilan Julai.
  3. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut :

3.1   Laman web Kementerian Pendidikan Malaysia https://spassm.moe.gov.my/.

3.2   Sekolah Sukan Malaysia (SSM) yang berhampiran.

  1. Surat tawaran akan dihantar terus ke sekolah asal pemohon.
  2. Tawaran hanya sah sekiranya calon atlet murid memenuhi syarat-syarat kemasukan atlet murid ke Sekolah Sukan Malaysia.

Semoga permohonan ke sekolah sukan anda berjaya, pastikan anda mendapat kebenaran dan pencalonan dari pihak pencalonan.

34 thoughts on “Proses Borang Permohonan Sekolah Sukan

  1. Assalamualaikum… saya muhammad faiz nak tanya sukan carrom atau petanque untuk orang kelainan upaya (OKU) macam saya ni ada tak? saya dari dulu lagi nak masuk sekolah sukan ni… sekarang umur saya 25 tahun ada lagi ke peluang untuk saya masuk sekolah sukan ni… saya OKU masalah pembelajaran…

  2. Assalamualaikum…saya nak tanye..ank saya hendak memohon sek sukan utk tahun 2021 (lps upsr)akn dtg…skrg ni saya nak tnye dulu..ank saya cuma ada sijil main bola jaring peringkat daerah saje…tp yg dia akn mohon ke sek sukan nnt..dia nak ambik bedminten…boleh ke ank saya ke arah tersebut…dan berapa kos yuran tahunannye..mohon penjelasan..secepatnye

  3. asalamualaikum bole saya tahu bagaimana nak dapatkan kod laluan untuk log masuk utk permohonan sekolah sukan 2020 mohon pencerahan terima kasih

  4. bole saya tahu bagaimana nak dapatkan kod laluan untuk log masuk utk permohonan sekolah sukan 2020 mohon pencerahan terima kasih

  5. Sya nk masuk sklh sukn tu tpi tarikh permohonan bila bukak lagi?? Dan bole ke sya masuk sbb sya sudh tingkatan 4 sya ambik bahagian larian bole ke sya masuk lagi . dan bila bole daftar lagi??

  6. Saya nk join tpi tarikh da tutup.. Pastu saya tingkatan 4 bole lagi ke?? Sya ambik bidang larian. Adakh bole masuk sklh sukn lagi.. Dan bila tarikh permohonan buka lagi?? Mohon bals..

  7. Tarikh permohonan dah tutup ke sebab saya nak sangat masuk sekolah sukan dan saya ada banyak pengalaman bermain bola sepak, boleh tak Saya masuk

  8. salam macam mana saya nak mohon sekolah sukan ini ? adk sy memang nak sangat masuk sekolah sukan. mintak tolong bagi pendedahan dengan lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *