Proses Pemilihan Pelajar Jurusan Perakuanan Profesional (JPPro) 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Proses pemilihan pelajar

Proses pemilihan pelajar Jurusan Perakuanan Profesional (JPPro) dibuat berdasarkan kelulusan syarat kemasukan Program Matrikulasi KPM iaitu:-

  • Syarat Am
  • Syarat Minimum
  • Pengiraan merit mengambil kira 90% markah akdemik dan 10% markah kokurikulum
  • Lulus ujian Aptitud
  • Temu duga
“Jurusan Perakuanan Profesional HANYA DITAWARKAN kepada pelajar bumiputera sahaja”

Proses Pemilihan Pelajar Jurusan Perakuanan Profesional (JPPro) 2021

Semua sudah ketahui bahawa bagi mereka yang mahu mengikuti Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) 2021, anda WAJIB mengikuti Ujian Aptitud. Ianya adalah salah satu proses pemilihan pelajar. Sekiranya anda GAGAL atau TIDAK LULUS Ujian Aptitud dan temu duga maka anda TIDAK akan ditawarkan Jurusan Perakuanan Profesional ini.

Walaubagaimana sekalipun, jangan berasa sedih kerana sekiranya anda TIDAK LULUS Ujian Aptitud dan GAGAL temu duga anda tetap akan ditawarkan untuk menyambung pengajian ke Matrikulasi tetapi bukan di dalam jurusan JPPro.

Calon akan di tawarkan ke jurusan selain JPPro seperti:-

  • Jurusan Sains
  • Jurusan Kejururteraan
  • Jurusan Perakuanan 

Ujian Aptitud adalah satu ujian untuk menguji logik pemikiran manusia. Ujian ini meempunyai beberapa kategori item seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Info Tambahan :  STPM, Asasi, Diploma, Vokasional - Yang Mana Lebih Baik Tahun 2023?

PERINGATAN!!!

Pelajar daripada Sabah Sarawak TIDAK akan ditempatkan di Semenanjung Malaysia KECUALI sekiranya mereka ditawarkan ke jurusan Kejuruteraan atau Jurusan Perakuanan Profesional (JPPro) serta kes-kes khas sahaja.

Perbezaan Diantara Jurusan Perakuanan Dan Jurusan Perakuanan Profesional (JPPro)

Kedua-dua jurusan ini mempunyai perbezaan yang agak ketara iaitu:-

Jurusan Perakuanan

Kursus yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian :-

  • Perakuanan
  • Ekonomi
  • Pengurusan Perniagaan
  • Matematik

Peluang ke bidang pengajian :-

  • Perakuanan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Ekonomi
  • Pentadbiran Pengurusan Awam
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Undang-undang dll

Jurusan Perakuanan Profesional (JPPro)

Kursus yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian :-

  • Bussiness and Technology
  • Managemnet Accounting
  • Financial Accounting
  • Mathematics

Peluang ke bidang pengajian :-

  • Sijil Akauntan bertauliah yang di anugerahkan oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA),
  • Perakuanan 
  • Pengurusan Ekonomi dll 

Keistimewaan Jurusan Perakuanan Profesional (JPPro)

Proses pemilihan pelajar

Salah satu keistimewaan JPPro adalah:-

  • Certified Accountant (Akauntan Bertauliah) pada umur 25 tahun
  • Kerjasama dengan UiTM, ACCA Malaysia dan diiktiraf oleh ACCA Global
  • Pelajar tamat dengan Sijil Matrikulasi KPM dan layak menyambung pengajian dalam bidang Perakuanan Professional di UTM

Yuran pengajian bagi jurusan JPPro ini berbeza dengan Jurusan lain. Hal ini disebabkan, yuran pengajiannya agak mahal berbanding dengan jurusan lain kerana jurusan ini mempunyai Certified Accountant berbanding jurusan lain.

Yuran Pengajian JPPro adalah:-

  • Semester 1 : RM1,146.60
  • Semester 2 : RM1,690.00 

Jurusan Perakuanan Profesional (JPPro) merupakan salah satu bidang yang luas, justeru itu sekiranya pelajar lepasan Matrikulasi TIDAK berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perakuanan anda boleh:-

  • Mengambil bidang perakuanan
  • Pengurusan
  • Ekonomi dll
Info Tambahan :  3 Panduan Portfolio Bidang Kreatif vs Teknikal

INFO TAMBAHAN!!!

Bagi pelajar JPPro, keutaman untuk menyambung pengajian dalam bidang Perakuanan Professional di UiTM (ACCA). Pelajar yag mengikut JPPro yang lulus dan layak akan menyambung pengajian bagi mengikuti program ACCA.

Bagi pelajar yang TIDAK lepas syarat kelayakan untuk menyambung pengajian dalam jurusan lain di UiTM atau boleh memohon mana-mana universiti lain sesuai dengan kelayakan tanpa mengikut proses pemilihan pelajar UiTM. 

Rayuan Kemasukan Ke Matrikulasi 2021

Proses pemilihan pelajar

Rayuan kemasukan ke Matrikulasi boleh di buat menerusi laman web rasmi KPM iaitu di https://matrikulasi.moe.gov.my mulai 8 JULAI 2021 sehingga 22 JULAI 2021. Tarikh permohonan rayuan sudah ditutup. Pengumuman keputusan Rayuan Matrikulasi adalah pada 3 OGOS 2021 di laman web https://matrikulasi.moe.gov.my. Pelajar yang berjaya dalam permohonan rayuan ini perlu mendaftar pada 9 OGOS 2021. 

Cara Permohonan Pertukaran Jurusan pengajian

Sekiranya anda dapati bahawa anda TIDAK sesuai dengan bidang pengajian yang ditawarkan, anda boleh membuat permohonan pertukaran jurusan pengajian anda.

Permohonan pertukaran jurusan adalah seperti berikut:-

  • Jurusan Sains ke Jurusan Perakauan : Permohonan dibuat kepada Pengarah Kolej masing-masing
  • Jurusan Perakuanan ke Jurusan Sains : Permohonan dibuat terus ke Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM

PERINGATAN!!!

Pertukatan jurusan pengajian adalah bergantung kepada kekosongan jurusan tersebut di dalam kolej anda. Sekiranya, permohonan di tolak maka anda DIGALAKKAN untuk meneruskan pengajian yang telah diberikan.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu para pelajar untuk lebih memahami proses pemilihan dan cara unrtuk membuat permohonan pertukaran jurusan pengajian anda. Walaupun kelihatan sukar jurusan yang ditawarkan tetapi sebenarnya pihak KPM akan menawarkan jurusan mengikut kelayakan anda. Jadi, jangan pernah beranggapan bahawa tawaran yang di terima itu membebankan. 

***SELAMAT MAJU JAYA DALAM BIDANG YANG DICEBURI***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *