PTPTN Pinjam Atau Biasiswa ?

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
PTPTN Pinjam Atau Biasiswa ? 1
PTPTN

Sejak akhir ini isu PTPTN menjadi topik hangat dalam perbincangan media, Isu ini bertambah panas apabila ia mula termasuk dalam kategori politik pula. Kami ada banyak pertanyaan dan pendapat di lontarkan sebelum ini, jadi memikirkan kami adalah blog pendidikan maka wajar juga kami menyentuh sedikit sebanyak tentang isu PTPTN pinjam atau biasiswa ini.

Sebelum menulis, memandangkan blog kami ini mempunyai pelbagai lapisan pelajar termasuk pelajar yang dibawah 21 tahun, maka kami mengambil pendirian tidak akan sama sekali menyebelahi mana-mana pihak.

 “Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia” Wikipedia PTPTN

Pinjaman PTPTN mempunyai kenangan manis dan kenangan pahit tersendiri. Ia juga mempunyai kebaikan dan juga keburukanya. Apa kebaikan dan apa keburukannya? Itu kami tidak boleh hurai panjang untuk masa ini. Cuma ada beberapa nasihat untuk yang menggunakan khidmat PTPTN ini :

  • Bila dah pinjam, bayarlah walaupun sedikit-sedikit selagi disuruh untuk bayar.
  • Gunakan dengan sebaiknya untuk belajar dan keperluan asas semasa belajar, kalau boleh janganlah bazirkan kepada perkara negatif.
  • Cuba jimat dan simpan duit PTPTN yang diberi, ada kes rakan kami yang mampu menyimpan RM 5,000 dari pinjamannya, selepas tamat pengajian dia bayar RM 5,000 sekaligus mampu mengurangkan beban hutang.
  • Cubalah dapatkan keputusan cemerlang walaupun ia bukan senang, sepertimana yang dijanjikan bayaran balik akan dihapus/dikurang sekiranya mendapat cemerlang.
  • Cubalah dapatkan kerja selepas belajar, berusahalah tidak memilih kerja untuk sedikit sebanyak membayar pinjaman yang telah diberikan.
  • Sentiasa berusaha dan berdoa pada Allah semoga kita semua dimurahkan rezeki, dipermudah segala urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *