

Nama PTPN ini bukanlah asing bagi penuntut institusi pendidikan tinggi negara samaada belajar di institusi Awam mahupun Swasta. PTPTN ini menyediakan kemudahan pinjaman kepada semua pemohonnya dengan mengenakan beberapa perkiraan untuk kos pentadbiraannya. Jumlah pinjaman setiap penuntut adalah berbeza mengikut jenis kursus, jenis institusi dan keperluan lain untuk meneruskan pengajian. Universiti swasta diperuntukkan pinjaman yang lebih tinggi berbanding universiti awam.
Apabila diistilahkan sebagai pinjam, maka perkataan bayar juga berkaitan antara satu sama lain. Kaedah bayaran serta jumlah bayaran juga berbeza mengikut jumlah pinjaman yang telah dibuat. Mungkin ramai yang telah sedia maklum bahawa kadangkala tidak semua pinjaman dituntut untuk dibayar semula. Ada beberapa pengecualian dan pinjaman ditukar kepada biasiswa kepada mereka yang cemerlang. Bagi mereka yang mendapat keputusan kelas pertama pastinya boleh memohon untuk menukarkan pinjaman kepada biasiswa.
Apa itu kelas pertama?
Sebenarnya di universiti mempunyai peperiksaan dimana keputusan akhir peperiksaan akan diberikan gred tersendiri. Gred CGPA yang biasanya dipanggil “ Pointer “ mampu membezakan kelas tersendiri kepada penuntutnya. Untuk mendapatkan Ijazah kelas pertama, penuntut perlu mendapatkan keputusan CGPA 3.75 – 4.00. Untuk Ijazah kelas kedua pula ialah CGPA 3.5 sehingga 3.74. Oleh demikian, untuk menjadikan pinjaman PTPTN masing-masing menjadi biasiswa penuntut perlu berusaha untuk mendapatkan CGPA 3.75 hingga 4.00. Sekiranya berjaya mendapatkan keputusan yang ditetapkan, pelajar boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan itu.


Peluasan Dasar Penukaran Kepada Biasiswa PTPTN
Menurut surat pekeliling untuk sebaran bilangan 1 tahun 2012 yang mula berkuatkuasa 15 Jun 2012. Kemudahan pertukaran dari pinjaman biasiswa ini telah diperluaskan kepada pelajar-pelajar yang tamat pengajian sebelum 1 Januari 2010 Rujuk Sini. Peluasan ini juga ditujukan kepada penuntut yang seperti biasa memerlukan syarat mendapat Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya dalam peperiksaan masing-masing.
Pekeliling itu dikeluarkan berikutan sebelum ini kemudahan ianya hanya kepada penuntut Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Kelas Pertama atau setaraf pengajian mulai 1 Januari 2010. Dengan adanya peluasan ini sekurangnya memberikan lebih lagi jumlah yang mendapat penukaran biasiswa iaitu juga kepada sebelum 1 Januari 2010.
Rasional Peluasan Dasar
Menurut surat pekeliling peluasan ini adalah untuk :
- Lebih ramai mendapatkan kemudahan penukaran pinjaman kepada biasiswa
- Insentif sebagai tindakan penyelarasan dasar dan pengiktirafan kepada mereka yang cemerlang dalam pengajian.
- Menggalakkan pelajar lain untuk terus berusaha mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian masing-masing.
Permohonan
Menurut sumber peluasan dasar dibuka untuk permohonan dan ianya mempunyai tarikh tamat tempoh permohonan pengecualian pembayaran. Bagi yang berkaitan dan ingin mendapat kemudahan ini haruslah bertindak dengan membuat permohonan yang lengkap kepada PTPTN sebelum atau pada 30 Jun 2013.
Peluasan dasar ini adalah bertepatan bagi memberi peluang lebih menyeluruh kepada ramai lagi peminjam, ada pendapat lain yang juga meminta ianya di panjangkan lagi kepada yang mendapat kelas Kedua. Namun demikian, idea itu mungkin akan melibatkan perancangan dan kosnya tersendiri. Semua itu adalah tugas bagi mereka yang lebih arif tentang kewangan dan pinjaman ini serta kakitangan PTPTN itu sendiri. Semoga lebih banyak lagi berita gembira dirangka untuk masa depan peminjam-peminjam PTPTN di negara ini.
Nak tanya jika Diploma cemerlang dan mndpat kelas pertama adakah ptptn boleh bertukar kepada biasiswa?
tidak hanya ijazah saja dapat tukar kepada biasiswa
Saya dah tamat belajar then boleh saya tahu peratus pointer dengan syarat jumlah pembayaran balik ?
Nak tanya jika Diploma cemerlang dan mndpat kelas pertama adakah ptptn boleh bertukar kepada biasiswa?
Assalamualaikum. Boleh saya tahu, apa tawaran yang disediakan bagi ‘graduan ijazah kelas pertama’? Dalam erti kata lain, berapa peratus diskaun dia boleh dapat untuk bayaran balik?
is this loan switching to scholarship if graduate with first class only applicable for degree programs or is also open to diploma programs?? and is it only for those who graduate before 2010 or is also applicable for those who are yet to graduate?
ayah saya bekerja sendiri tetapi pada borang permohonan pembiayaan ptptn perlu mengisi gaji berdasarkan slip gaji. macam mana yea?