Punca Gambar Guru Menyuap Makanan Kepada Pelajar UPSR

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu perkongsian yang baik dari Cikgu Fatty dalam facebook Kami Guru Malaysia tentang sekeping gambar seorang guru yang kelihatan menyuap makanan kepada pelajarnya yang menghadapi UPSR. Dari gambar itu menampakkan sifat prihatin guru tersebut kepada anak muridnya. Mungkin peristiwa tersebut berlaku waktu rehat dan pelajar tersebut mempunyai sebab tersendiri kenapa ia tidak mampu makan dengan sendirinya.

suap nasi

Menurut sumber cikgu fatty, pelajar tersebut patah pergelangan tangan kanan. Namun demikian pelajar tersebut masih boleh menulis kerana pelajar tersebut menulis tangan kiri ( kidal ). Masalah baginya bila hendak makan kerana pelajar tersebut biasa makan dengan tangan kanan. Oleh itu, guru tersebut menyuapkan makanan kepada pelajar tersebut untuk mengalas perut menanti peperiksaan UPSR.

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Perbuatan Terpuji seorang guru

Sebenarnya  tugas guru adalah mendidik, namun demikian sifat guru sendiri yang gemar membantu dan tidak berkira kebanyakannya senang untuk menghulurkan apa jua pertolongan kepada pelajarnya. Tugas guru kini makin mencabar bila pelajar kini dilihat semakin kurang menghargai jasa guru. Mungkin segelintir sahaja, namun bilangannya dilihat semakin bertambah dan kadangkala boleh membuatkan guru stress dengan kerjanya.

Didikan anak bermula dirumah

Jika dilihat trend terkini, seolah beban mengasuh anak-anak diletakkan disekolah. Keadaan ini perlu diperbetulkan kerana hakikat sebenar anak perlu didik dirumah. Keberkesanan didikan pastinya lebih dirumah dan masa didikan juga lebih lama. Hasil pengalaman saya sendiri di beberapa sekolah selama lebih dari 8 tahun berkhidmat sebagai kaunselor kebanyakan pelajar yang bermasalah datangnya dari keluarga yang bermasalah. Kebanyakannya berpunca dari masalah ibu bapa bercerai, bergaduh, kahwin ramai sehingga mengabai anak, ibu bapa terlalu sibuk bekerja dan kemudahan belajar dirumah yang tidak membina. Ini menunjukkan pentingnya ibu bapa main peranan mendidik kerana aset paling berharga sebenar adalah anak-anak.

Kadang-kadang agak pelik bila seseorang gigih berusaha untuk mendapatkan duit, tetapi akhirnya menghabiskan duit tersebut pula untuk membayar segala masalah yang dilakukan anak mereka yang terabai tadi

Saya percayai, jika semua keluarga dapat hidup dengan aman dan harmoni, pasti kesannya akan tersebar ke sekolah, daerah, negeri dan juga negara.

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Tidak guna anda berbangga mampu menggoncang dunia jika hakikat sebenar anda gagal menjadi pemimpin terbaik dalam rumah anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *