Punca Hubungan Luar Nikah

0
16

Untuk Kategori rakan analisis hari ini kita bersama kupas tentang punca hubungan luar nikah. Dengan mengambilkira pendapat dan undian dari pelawat xpresi sahaja.

Seperti yang dijangka pendedahan agama yang kurang pada diri merupakan faktor utama yang mempengaruhi sebab hubungan luar nikah iaitu 21%. Faktor kedua yang diundi oleh pelawat xpresi ialah pengaruh video lucah iaitu 20% dan yang paling sedikit undiannya ialah faktor lelaki pandai memujuk.

Faktor kurang agama merupakan pilihan rakan analisis xpresi mungkin agama itu sendiri cukup kuat untuk mencegah berlakunya hubungan maksiat. Setiap ajaran agama mempunyai pencegahan tersendiri dalam hubungan luar nikah. Agama juga mampu menjadi peringatan kepada sesiapa yang lupa dan lalai.

Pengaruh video lucah merupakan pesaing sengit faktor agama, dunia yang serba moden kini memberikan kemudahan yang tidak terhad sehinggakan segala maklumat negatif amat mudah dicapai dengan hanya menggunakan jari sahaja. Video lucah ini mampu menerbitkan rasa dirangsang hingga mampu membuatkan diri hilang pertimbangan dan membuatkan nafsu mengatasi akal fikiran. Selain itu juga, video lucah ini mampu mendidik perkara dan perlakuan negatif yang mudah untuk ditiru dan dipraktikkan oleh mereka yang terperangkap.

Hasil undian juga memberikan keputusan bahawa hubungan luar nikah itu tidak semestinya salah lelaki. Hal ini kerana faktor lelaki pandai memujuk adalah paling kurang diundi seterusnya memberi gambaran hubungan luar nikah itu bukanlah ia berlaku kerana gaya, pujukan atau cara komunikasi lelaki. Ia juga menunjukkan kadangkala wanita sendiri yang gemarkan hubungan itu dan bukannya datang dari lelaki.

Kesimpulannya banyak faktor berpunca dari diri sendiri menjadi pilihan pelawat xpresi. Oleh itu penting untuk kita belajar untuk mengawal diri dan belajar untuk menghindarkan diri dari terus terpengaruh dengan kemahuan diri semata-mata.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :