Punca Hubungan Tidak Berkekalan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Punca Hubungan Tidak Berkekalan 1

Percintaan bukanlah sesuatu yang asing bagi remaja, percintaan ini mungkin bermula sejak zaman persekolahan dan ada juga pada usia lewat. Namun demikian, bercinta di usia terlalu muda berisiko untuk tidak berkekalan kerana cinta itu sendiri mempunyai peratus yang tinggi dalam penilaian yang kurang matang dan mempunyai banyak halangan. Cinta ini digambarkan dengan sesuatu yang indah pada permulannya dan kemungkinan berakhir dengan gembira ataupun kesedihan. Mungkin ada yang kecewa kenapa diri selalu kecewa dengan cinta.

Xpresi ada menyediakan undian untuk punca hubungan tidak berkekalan, walaubagaimanapun ia hanyalah sekadar undian oleh pelawat dan pembaca Xpresi.org ini sahaja.

Dengan menggunakan usul punca perpisahan itu terdiri dari wanita terlalu inginkan yang terbaik, wanita tidak pandai bergaya, wanita rendah daya memujuk, lelaki mudah bosan, lelaki cinta kerana nafsu, lelaki kurang mengambil berat dan godaaan pihak ketiga.

Undian pelawat xpresi mengandaikan 3 faktor berkongsi tempat pertama iaitu lelaki cinta kerana nafsu, lelaki kurang mengambil berat dan godan pihak ketiga masing-masing ialah 25% dari undian. Walaubagaimanapun sebelum pukul 11 malam 18/3/2011  faktor lelaki kurang mengambil berat merupakan paling tinggi.

Faktor paling terendah pula ialah wanita rendah daya memujuk iaitu 0%. Daripada undian disediakan 3 bahagian iaitu memihak pada wanita, memihak pada lelaki dan juga berkecuali. Faktor memihak kepada lelaki ialah bewarna merah, kuning dan biru. Manakala faktor memihak kepada wanita pula bewarna hijau tua, unggu dan hijau muda. Faktor bekecuali dan tidak berkaitan pula ialah warna pink pada gambarajah.

Hasil undian menunjukkan faktor menyalahkan lelaki lebih banyak dalam kes ini dengan ketiga-tiga faktornya hanya berjumlah 10% sahaja. Manakala wanita tidak bersalah dalam kes ini jumlahnya 65%.

Kesimpulannya dari undian ahli pelawat xpresi ternyatalah menunjukkan faktor perpisahan ialah lelaki kurang mengambil berat dan lelaki adalah bersalah dalam perpisahan percintaan itu. Godaan pihak ketiga juga merupakan faktor penting dalam menggalakkan perpisahan pasangan bercinta.

Perlu diingatkan undian ini adalah dari pembaca xpresi sahaja, pasangan bercinta seharusnya rasional dan tabah menghadapi kesedihan. Bercinta seharusnya berlandaskan agama dan juga sentiasa mengawal emosi dalam setiap tindakan.

Klik untuk UNDI seterusnya.. Tajuk Pendapat anda apa punca hubungan luar nikah?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top