Ramai orang akan berusaha untuk menjadi orang yang bijak, ia boleh dibincangkan kepada dua iaitu darisegi amalan ataupun dari segi cara berfikir dan bertindak. Untuk kali ini, ingin dikongsi amalan penyumbang kepada individu yang bijak dalam menempuhi hidupan.
Sentiasa Mendapat Udara Bersih
Bila bercakap pasal bijak, pasti otak adalah paling utama. Ini adalah kerana otak merupakan organ yang paling penting dalam menjadikan sesorang itu bijak. Oleh demikian otak perlu mendapat udara yang bersih untuk memperbaiki sel-sel yang rosak terutama ketika tidur. Keadaan dan rutin seharian ditempat yang mempunyai pencemaran udara boleh membuatkan otak lemah dan tidak mampu menggandakan operasinya secara maksima.
Kurang Berimeginasi
Apabila keadaan yang rehat dan kosong, otak berada pada tahap yang statik dan tidak aktif, jika ia berterusan dan menjadi amalan, ia boleh melemahkan otak. Untuk mengaktifkan otak, kadangkala imeginasi perlu untuk menyuburkan otak. Imeginasi bukanlah berkhayal semata-mata, tetapi berimeginasi untuk menyelesaikan masalah yang ada boleh membuatkan ia lebih aktif. Keadaan sesorang yang sentiasa menguji minda seperti membuat latihan dan sebagainya membuatkan otak lebih aktif.
Seperti diibaratkan tanah, jika ia sentiasa digemburkan, pasti akan menghasilkan pokok yang segar, sebaliknya jika ia dibiarkan begitu sahaja, tanah akan menjadi keras dan sudah tentu ia mengurangkan hasil.
Mengambil sarapan diwaktu pagi
Apabila bangun dari tidur, sel-sel badan akan memerlukan zatnya tersendiri, paras gula dalam darah perlu ditingkatkan untuk mengaktifkan segala tenaga serta perbuatan terutama dalam menuntut ilmu. Jadi, mengambil sarapan diwaktu pagi amatlah penting. Tidak mengambil sarapan diwaktu pagi boleh dianggap seperti orang berjalan / belajar / bekerja sambil tidur.