Rahsia Duit Online Melalui Blog – Menulis Review Iklan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Untuk hari ini saya nak kongsi satu lagi punca pendapatan xpresi melalui blog ini, pernah dulu saya dedahkan rahsia pertama dari 8 sumber pendapatan xpresi, kali ini saya ingin dedahkan rahsia kedua pendapatan online melalui blog.

Tahukah Anda??

Pernah anda lihat saya atau staff pengiklanan kami menulis review tentang satu produk atau institusi? Untuk pengetahuan, kami telah dibayar untuk mempromosikan produk/ institusi tersebut kepada pelawat kami dengan menulis review tentang apa yang mereka mahukan. Kebiasannya kami dibayar dari RM 100 untuk satu kali review. Bagi blog-blog yang popular adalah tidak ada masalah untuk mendapatkan pendapatan lebih dari 1-2 ribu sebulan  khas dari penulisan review ini sahaja.

Bagaimana kami dapat projek itu?

Nilai blog kitalah yang mengajak seseorang/ kumpulan tertarik untuk beriklan di blog kita, selain itu pelawat harian juga menjadi keutamaan untuk beriklan di sesebuah blog tersebut. Kebanyakan orang mementingkan pelawat yang view produknya untuk melariskan jualannya. Oleh itu blog yang mempunyai pelawatlah yang dipilih. Selepas mereka tertarik dengan kualiti blog kita, mereka pasti akan menghubungi kita dan mula berbincang tentang harga sekiranya kita menulis tentang produk mereka.

Info Tambahan :  Laman Web Mencari Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan Sekolah

Saya ada blog tapi pelawat tak ramai?

Ada cara juga bagi mereka yang mempunyai blog tetapi pelawat tidak ramai untuk mendapatkan projek review iklan ni. Caranya dengan menyertai kumpulan atau syarikat ke tiga yang menjodohkan pengiklan dengan blogger. Syarikat ketiga iaitu penjodoh ini akan mengumpul seramai mungkin pengiklan yang mempunyai budjet rendah atau tinggi dan menjodohkan dengan ahli blogger yang didaftarkan dibawah syarikatnya. Kelebihan dari itu, pengiklan yang budjet rendah seperti RM 10 – 50 sekali review akan cenderung untuk berhubung dengan anda kerana pastinya anda menawarkan harga yang rendah.

Bagaimana ingin mencari syarikat penjodoh pengiklan dan blogger?

Di Malaysia ini saya rasa tak banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ni. Syarikat seperti nuffnang, innity dan banyak lagi pengiklanan kebanyakannya menguruskan pengiklanan banner dan text ke blog pilihan mereka, hanya blogger yang terpilih sahaja yang akan dihubungi untuk mengambil projek khas review mereka yang pastinya upahnya tinggi.

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Syarikat Penjodoh review iklan.

Jika menurut rakan blogger saya dan komuniti blogger kini terdapat satu syarikat penjodoh Iklan ( advertiser ) merupakan salah satu contoh terbaik yang memberi peluang kepada blogger baru dan lama untuk berkumpul setempat dan dijodohkan dengan pengiklan budjet rendah dan tinggi. Sekiranya anda blogger dan mendaftar di syarikat tersebut, blog anda akan mudah terdedah kepada pengiklan seluruh Malaysia. Jika sesuai harga upah menulis promosi iklan yang ada tawarkan, pastinya pengiklan akan berebut menghubungi anda untuk upah menulis tentang produk mereka.

Berusahalah selagi ada daya

Untuk mendapat pendapatan berblog bukan mudah, perlu berusaha dan banyak bersabar, baik dari berbuat sesuatu dari hanya duduk termenung tanpa buat apa-apa. Jika baik yang kita terima ucaplah Alhamdulillah, jika buruk yang kita terima ambillah pengajaran. Pengajaran itulah menjadikan kita lebih hebat dari orang lain.

Untuk pengetahuan, xpresi juga adalah  ahli dalam syarikat ( advertiser ) tu. Bersamalah kita bersaing mendapatkan pengiklan. Nak juga kami cuba nasib mencari pengiklan yang ada di syarikat tu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top