Rasa ada perhatikan

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Aktiviti bermasyarakat merupakan aktiviti biasa yang kita biasa lakukan. Berhadapan dengan masyarakat merupakan sesuatu yang biasa kita lalui dan ia merupakan sesuatu yang kita tidak dapat elak. Perbuatan dan tingkahlaku manusia adalah normal ketika bersendirian dan juga bersama rakan yang dikenali. Namun demikian tanpa kita sedari ada segelintir manusia yang berlaku lakonan dalam personaliti apabila berhadapan dengan orang ramai.

Ketika berhadapan dengan orang lain yang kita tidak kenal terutama ketika berada ditengah kelompok atau dikelilingi orang yang kita kurang kenali kita cenderung untuk rasa kita diperhatikan. Rasa diperhatikan itu membuatkan kita membuat kawalan-kawalan tingkahlaku tertentu yang mana ia lari dan tidak sejajar dengan personaliti kita.

Tindakan yang biasa kita lakukan adalah membuat pergerakan yang perlahan dan mengawal postur badan supaya tidak nampak keterlaluan. Pastinya dalam fikiran kita mahukan pandangan orang yang sentiasa baik untuk ditonton. Melalui rasa ini akan timbul kepercayaan apa yang kita rasa. Jika apa yang kita rasa itu baik maka diri kita akan mendapat semangat dan ” gula-gula” tersendiri. Tetapi sesuatu yang tidak menyenangkan apabila kita percaya yang negatif bahawa orang lain sentiasa memandang kita dan memerhatikan setiap pergerakan kita. Kepercayaan sebegitu boleh memenatkan diri, memenatkan diri itu termasuk kepenatan emosi dan tenaga kita apabila kita gunakan secara keterlaluan untuk berpelakuan sebagai orang yang tiada kelemahan bila dipandang.

Oleh itu, sekiranya anda berada ditengah kelompok atau dikelilingi orang yang dalam masa yang sama sekeliling anda sedang sibuk dengan kerja sendiri. Perkara utama yang perlu anda ingat bahawa TIDAK SEMUA SEBENARNYA YANG MEMERHATIKAN ANDA. Bertenanglah, berperilakulah dengan ikhlas..

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here