Anxiety Bila Menghadapi Peperiksaan
Risau merupakan satu perasaan biasa yang akan hadir bila ia melibatkan perlakuan dan tindakbalas kepada sesuatu yang lepas atau akan berlaku.
SALAM,,,,,,sya masih ragu2,,nak periksa,,ada x,,tips,,hilangkan rasa ragu untuk menduduki spm tahun ni 2011???,,harap dapat membantu,,,terima kasih
Menjawab kepada pertanyaan pelawat xpresi diatas, terpanggil saya untuk menulis sedikit berdasarkan pengetahuan saya bekenaan risau. Kebetulan calon SPM akan mula berjuang dengan masa sangat singkat ini. Untuk menyelesaikan masalah terlebih dahulu kita perlu mencari punca risau itu berlaku. Apa sahaja masalah tidak akan dapat dibantu jika kita tidak mencari puncanya.
Punca Risau
Perasaan risau ni sebenarnya boleh dilihat dalam pelbagai skop, ada banyak pakar-pakar psikologi serta kaunseling memperkatakan tentang risau ini. Untuk mencari punca risau kepada SPM ini suka untuk saya membawa kepada istilah Anxiety yang dihuraikan oleh Sigmund freud dalam teori psikoanalitik dan carl rogers dalam Pemusatan Perorangan.
Berfikir Terlalu Lama
Kerap berfikir tentang akibat kegagalan sebenarnya boleh meningkatkan lagi kerisauan seseorang. Freud ada menyebut tentang moral anxiety iaitu tentang ketakutan dihukum. Konteks dihukum ini ialah hampir sama dengan akibat kegagalan dalam SPM.
Apa Yang Diusahakan Tidak Selari
Mungkin apabila sebut sahaja SPM kita akan memikirkan untuk mendapat A dalam semua subjek. Hampir setiap hari kita akan berfikir untuk mendapat semua A dan cemerlang. Tetapi bagi mereka yang mengalami kerisauan sebenarnya mempunyai perlakuan atau tindakan yang tidak menyumbang kearah apa yang dimahukan. Ketidakcapaian kelakuan itulah yang menyebabkan diri berasa risau apabila mula luntur semangat yang mengatakan dirinya tidak boleh lakukan. Ia berlaku sebaliknya apabila anda mula bertindak seperti apa yang anda impikan. Ini membuatkan hati lebih yakin dan kerisauan akan mula menghilang.
Kekurangan Penghargaan Kendiri ( self regard )
Apa perasaan kita apabila orang mengatakan kita hodoh? Mungkin kita akan rasa risau dengan penampilan kita. Bagaimana pula ada orang mengatakan kita bijak? Pasti kita akan kurang risau dengan apa yang akan kita lalui. Hal ini akan memberikan kita keyakinan untuk menghadapi SPM nanti. Sebenarnya dalam tempoh yang lama, sesuatu yang buruk itu boleh menjadi motivasi untuk seseorang berubah. Namun demikian ketika menghampiri peperiksaan kurangkanlah membuat perlakuan atau tindakan yang membuatkan keluar kata-kata dari orang lain hingga melunturkan keyakinan sendiri. Bagaimana untuk meningkatkan penghargaan kendiri? Upah orang supaya memuji kita?
Sudah tentu jawapan saya adalah tidak. Kita tidak perlu berlakon atau menyuruh orang memuji kita. Bagi saya konsepnya senang sahaja,
Konsepnya semudah kita pergi ke cermin untuk melihat kecantikan kita sendiri. Siapa lagi yang memuji kita jika bukan kita memuji diri sendiri.
Jika kita berusaha mencantikkan diri dan berada didepan cermin sudah tentu diri kita akan mengatakan kita adalah paling cantik, seterusnya meningkatkan motivasi kita.
Apa pula kaitan cermin diri sendiri dengan penghargaan kendiri ?
Bagi saya, cermin itu boleh kita gantikan dengan soalan latihan yang agak senang untuk kita jawab dan cubalah menjawab soalan-soalan senang itu. Jika banyak soalan yang dapat dijawab. Itu tandanya soalan itu mencerminkan anda adalah bijak. Maka, ambil lah semangat yang ada itu untuk menjawab soalan lebih susah lagi sehingga sedikit sebanyak membantu meningkatkan ilmu dan mengurangkan kerisauan.
Ok, kalau nak cerita pasal kaitan teori dengan masalah memang panjang. Malam ni dah cerita kaitan sahaja pada 2 teori, ada banyak lagi boleh dikaitkan. Saya ingat cukuplah dengan 3 penerangan yang saya berikan. InsyaAllah saya akan sentiasa terangkan skop-skop lain yang dapat kita kongsikan bersama demi masa depan remaja kita yang cemerlang.
5 thoughts on “Rasa Risau Menghadapi SPM”
Good Tips, thaks for the sharing..
Terima Kasih abe g.. 🙂
same2..fen. Sebenarnya ada bnyk lagi yg bleh dikongsi.tapi setakat yang ada masa ni abe g tuliskan..tq 🙂
Terbaeikkk..cayalah YB opss..maksud aku Yang suka Berusaha..haha..
Ye la tu datok, ni datok yang ramai cucu ke tu? ni kira nak sy belanja mkn ker?haha