Rayuan Ke tingkatan Enam – Jun 2011

14
3

Masih ramai yang bertanya tentang rayuan ke tingkatan enam, Oleh itu maklumat rayuan ke tingkatan enam 2011 disediakan seperti berikut :

  • Cara membuat rayuan boleh didapati semasa menyemak kemasukan ke tingkatan enam ( Semak )
  • Ketika membuat semakan sekiranya anda gagal ditawarkan, seharusnya keputusan online itu ada penerangan tentang rayuan tingkatan enam dan cara membuat rayuan.
  • Cara membuat rayuan yang dinyatakan ialah seperti dengan terlebih dahulu muat turun borang rayuan tingkatan enam ( klik sini )
  • Anda dikehendaki mengisi borang yang diberi dan tindakan yang perlu anda ambil ialah seperti panduan mengisi borang dibawah :

Panduan Mengisi Borang Rayuan Tingkatan Enam

Baca Juga :  Semakan Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2017 / 2018

1. Borang T6BKK ini adalah untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Bawah.

2. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Keputusan peperiksaan SPM 2010
  • Sijil kelahiran,
  • Kad pengenalan/pasport; dan
  • Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.

3. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada pengetua sekolah asal murid.  Pengetua  sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 Jun 2011.  Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

5. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Lulus dalam peperiksaan SPM 2010 dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
  • Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain
  • Tidak melebihi had umur yang  ditetapkan iaitu tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang 17 tahun pada 1.1. 2011; dan
  • Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua Sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik.
Baca Juga :  Permohonan Kakitangan Akademik Kolej Permata Pintar UKM 2017

6. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.

7. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri kepada semua calon.

8. Borang permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan ditolak.

Harap Membantu, Selamat mencuba

 

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

14 COMMENTS

  1. salam.. saya dah isi borang permohonan dan telah dihantar di ppd 18 mei lalu. bilakah tarikh keputusan permohonan dikeluarkan?

  2. Saya ditawarkan untuk masuk t6 jurusan kemanusiaan tapi saya nak tukar jurusan ke science boleh tak walaupon keputusan spm subject fizik,kimia,addmath kurang bagus?

  3. ermm selalunya f6 kita dapat tawaran atau kena isi borang kemasukan?
    selalunya subjek apa yg perlu belajar utk aliran sains dan kmanusiaan?
    syarat khas? dah cari tapi tak fhm sgt. thanks! ~lepasan spm~

    • Biasanya sekolah asal akan keluarkan senarai berjaya ke tingkatan 6 nanti.
      Kebiasaanya BM, Pengajian AM, Goe/Sej, Ekonomi/ sastera/ seni ( pakej tertakhluk pada ketetapan pihak sekolah )
      Syarat khas? huhu..setakat ni saya pun dah lupa..tapi kena kredit BM dan 2 mata pelajaran lain..kalau tak silap saya 3 tertinggi tu jumlah dia tak lebih 12.. apa2 pun saya akan update nanti pasal tingkatan 6 ni..

  4. salam..
    saya ni pelajar UiTM semester satu.. diploma perancangan bandar dan wilayah. sebelum ini saya memasuki tingkatan 6. sejak akhir2 ni saya berasakan yang saya tidak dapat mengikuti kursus yang saya ambil ini dengan baik dan saya rasa saya ingin untuk kembali ke tingkatan 6. soalan saya, adakah boleh sekiranya saya ingin kembali ke tingkatan 6?

    • Salam..
      susah nak cakap, memang susah nak kembali semula ke tingkatan 6. lebih2 lagi jika dah lama masuk ke politeknik. Cubalah teruskan pengajian, janganlah putus asa..:)apa2 pun didunia ni semua akan berjaya dan punyai peluang pekerjaan. asalkan keputusan OK.

    • Boleh…cuma bergantung pada sesetengah sekolah je…sbb kdg2 pelajar mengalami masalah tentukan tempat pengajian..tapi kne cari sekolah yg ada kekosongan…cuba ke sekolah..jumpa guru penyelaras tingkatan 6..

  5. saya dapat tawaran ke tingkatan 6 dalam bidang kemanusian.tarikh daftar pada 9 mei 2011…tapi disebabkan ada masalah tertentu..saya tak hadir mase hari pendaftaran..kalau saya daftar lepas cuti sekolah boleh lagi ke??

Apa Komen Anda :