- KPM
Maklumat ringkas ini bagi membantu pemohon yang ingin membuat pertukaran bidang dan institut latihan yang ditawarkan ke Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) bagi tahun 2012. Bagi pemohon yang ingin membuat rayuan, rayuan dibuka mulai 4 febuari 2012.
Tempoh Rayuan PPG
Bagi memberikan lebih masa dan mengikut kesesuaian, masa membuat rayuan hanya dibuka 3 hari iaitu pada 4 febuari sehingga 7 febuari 2012.
Rayuan adalah berkaitan rayuan untuk bertukar bidang dan bertukar institut latihan yang telah ditetapkan sebelum ini.
Cara membuat rayuan online PPG 2012
Untuk membuat rayuan online pemohon perlu mengunjungi laman rasmi KPM ataupun boleh terus ke Sistem rayuan KLIK SINI
Sila masukkan no kad pengenalan masing-masing tanpa “ – “ dan klik butang semak.
Info rayuan PPG 2012
Rayuan Online ini dibuka bagi memudahkan pemohon program PPG membuat rayuan bidang dan Institusi latihan yang lebih sesuai. Namun begitu tawaran penempatan adalah tertakluk kepada kekosongan Institusi dan bidang dipohon. Modul rayuan ini hanya dibuka kepada calon-calon yang telah ditawarkan kemasukan pada Febuari 2012 sahaja.
Pemohon hanya dibenarkan membuat rayuan sekali dan proses pengemaskinian dibenarkan sebanyak 3 kali Sahaja. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mencadangkan para pemohon membuat keputusan dan merancang institusi dan bidang yang hendak dirayu.
Semakan Keputusan Rayuan PPG
Pemohon boleh menyemak keputusan rayuan masing-masing melalui Sistem semakan Rayuan PPG Online pada 9 Febuari 2012
Sekiranya tidak berjaya, pemohon perlu mendaftarkan diri di institusi asal yang ditawarkan.