Rayuan Sekolah Asrama Penuh Tingkatan 1 Tahun 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Rayuan Sekolah Asrama Penuh Tingkatan 1 Tahun 2013 1

Rayuan SBP

Kami ada menerima pertanyaan untuk rayuan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP. Kebanyakan bertanya bila ianya akan mula dibuka atau memang ia tidak dibuka lagi. Mungkin ramai yang masih berhasrat untuk membuat rayuan kerana untuk diterima ke Sekolah Berasrama Penuh bukanlah mudah kerana persaingan yang sengit.

Untuk pengetahuan, permohonan dan borang rayuan ke Sekolah Berasrama Penuh akan dibuka pada 24 Disember 2012. Rayuan ini adalah bagi memberi peluang sekali lagi kepada pemohon yang masih menaruh harapan untuk belajar di Sekolah Berasrama Penuh SBP seluruh Negara. Perlu ditegaskan disini, permohonan rayuan adalah kepada kemasukan SBP Tingkatan 1 tahun 2013 dan keputusan rayuan nanti hanyalah bagi mengisi kekosongan yang sedia ada sahaja. Sudah pasti anda boleh mengagak bahawa keputusan nanti tidaklah diambil jumlah yang banyak dan hanya mengisi kekosongan sekiranya ada.

Info Tambahan :  Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)

Bagaimana Membuat Rayuan SBP Tingkatan 1 Tahun 2013

Untuk membuat rayuan bolehlah  ke Aplikasi Online E-Rayuan . Untuk menggunakan aplikasi perlulah mempuyai Angka Giliran semasa UPSR masing-masing. Semoga permohonan rayuan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP untuk kemasukan ke tingkatan 1  diterima.

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Siti
Siti
Guest
8 years ago

salam..bilakah keputusan rayuan akan keluar?