

Ramai yang bertanya tentang bagaimana untuk membuat rayuan, Mungkin ada yang tidak Berjaya dan ingin membuat rayuan dalam permohonan UPU ke IPTA lepasan SPM 2014. Seperti yang dimaklumkan tarikh penting UPU sebelum ini, permohonan rayuan akan dibuka selepas sehari semakan dikeluarkan. Namun demikian berlaku perubahan tarikh rayuan dibuka.
Permohonan Rayuan UPU 2014
Untuk makluman, menurut sumber, tarikh rayuan UPU lepasan SPM 2013 akan dibuka sekitar 16 Mei 2014 iaitu setelah keputusan kemasukan ke Politeknik Konvesional/Metro dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) diumumkan. Ini bagi memberi peluang mereka juga membuat rayuan sekaligus dalam sistem e-Rayuan yang dibuka nanti.
Tarikh e-Rayuan dijangka dibuka – 16 Mei 2014
Update 16 May 2014 : Permohonan Rayuan UPU ( Dibuka )
Update 12 Jun 2014 : Keputusan Rayuan UPU Lepasan SPM / setaraf
Setelah dibuka, permohonan rayuan boleh dibuat dan hanya mereka yang gagal ditempatkan kemana-mana tempat yang dipohon sahaja yang dibolehkan membuat rayuan. Rayuan tidak dibuka kepada yang ingin menukar kursus, tukar IPTA dan sebagainya.
Tarikh tutup rayuan adalah pada 26 Mei 2014 dan pastikan anda membuat rayuan sebelum tarikh bekenaan bagi member peluang kedua untuk anda mendapat tempat ke IPTA dan institusi yang dipilih.
Semoga maklumat yang dimaklumkan ini memberi manfaat dan memberi ingatan kepada pemohon rayuan UPU. ( Anda dinasihatkan lawati Laman Rasmi UPU untuk keterangan lebih terperinci )
Bila boleh buad rayuan untuk pelajar yang menduduki spm 2014.
Saya dapat tawaran untuk menyambung pengajian di UMP di dalam Fakulti Teknologi Industri. Adakah boleh saya ingin bertukar ke UTM dalam kursus yang sama?
Salam, tak dapat.. universiti tu adalah pengurusan berbeza, pengambilan berbeza dan mustahil untuk diselaraskan kemasukan pelajar dan tawaran pengajian.
Salam. Saya belajar di UPSI dalam Sarjana Muda Perakaunan. Bolehkah saya bertukar ke UTM dalam kos yg sama?
Salam, UPSI dan UTM adalah institusi berlainan, lain dari segi pentadbiran dan juga jumlah kemasukan. agak sukar untuk bertukar seperti yg dimaksudkan.
Jika rayuan ke ipta saya diterima,saya Akan lambat masuk ke U, Akan x saya x dpt ikut apa yg telah lentur ajar nanti
saya bukan lepasan spm 2014 . saya lepasan spm pada tahun 2012 . saya buat asasi di uia which is saya tak habis kan asasi and ingin tukar course ke uitm .
bolehkah ? dan bagaimanakah cara nya ?
Saya ingin tahu bila tarikh semak rayuan upu keluar ? Dan pukul berapa saya boleh semak ? Nak kepastian..
ble kluar kputusa rayuan upu ye,,,please urgent ni…
Salam…saya pelajar lepasan spm..sy sudah memohon upu. tapi tidak berjaya..saya baru tamat sesi latihan di PLKN..sekarang saya ingin membuat rayuan ke ipta, bolehkah saya membuat rayuan semula ke ipta ?
saya di sini lepasan spm mendapat tawaran diploma politeknik.saya tidak dapat menerima tawaran tersebut kerana politeknik yang ditawarkan agak jauh dari rumah saya . bolehkah saya membuat rayuan atau mengisi borang e-rayuan ? bolehkah saya mememohon politeknik sesi disember ? kalau tidak boleh apa yang saya kena lakukan?
saya tak boleh membuat rayuan UPU ? padahal saya tak dapat tawaran UPU
saya ingin bertanya tuan butiran-butiran berkaitan pengambilan sesi kedua uitm.adakah saya layak memohon utk kemasukan tersebut sekiranya saya gagal mendapat rayuan tersebut ?