Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Tahukah anda, berdasarkan pertanyaan ada yang masih tidak mengetahui bagaimana untuk membuat rayuan untuk keputusan kemasukan ke IPTA UPU lepasan STPM, Matrikulasi/setaraf. Sebenarnya membuat rayuan adalah tidak terlalu sukar kerana ianya boleh dilakukan secara online menerusi laman rasmi UPU.
Untuk membuat rayuan hanya perlu ke portal rasmi UPU, cari pautan rayuan e-Rayuan PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF.
- Pilih jenis permohonan – rayuan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier
- Pilih Program Pengajian – lepasan STPM/ setaraf
- Pilih kategori Permohonan – Terdapat kategori permohonan iaitu, STPM 2011, Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM, Diploma Setaraf, STAM 2011, 2010- Jika anda tidak tahu anda berada pada kategori mana bolehlah rujuk disini
- Klik pada butang masuk
- Klik pada butang kuning tertulis permohonan ( terdapat diatas )
- Isikan kategori dan no kad pengenalan masing-masing.
- Setiap kali selesai klik butang seterusnya.
Untuk peringatan : Rayuan hanya dibuka pada 13-22 julai 2012 sahaja
Diharapkan sedikit gambaran mengenai rayuan UPU ini dapat membantu, tawaran dan penerimaan permohonan rayuan adalah berdasarkan kekosogan tempat. Keputusan yang diperolehi nanti adalah muktamad.