

Bagi peminjam pinjaman MARA sebelum ini diberikan peluang diskaun sehingga 50% bayaran balik pinjaman MARA . Tawaran menarik ini adalah bagi peminjam Pinjaman MARA yang membayar sekaligus baki pinjaman yang telah dibuat sebelum ini.
“Sebagai contoh, sekiranya pelajar A mendapat tajaan pinjaman pelajaran Mara pada tahun 2010 atau sebelumnya, katakanlah jumlahnya RM50,000 serta lulus penggajian namun tidak mendapat kemudahan pengurangan pembayaran balik, diskaun 50 peratus akan diberikan atas baki pinjaman dan tambahan diskaun 20 peratus lagi selepas mendapat diskaun 50 peratus,” Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa.
Selain itu, Mara telah bersetuju untuk memberikan tambahan diskaun sebanyak 20 peratus ke atas peminjam pinjaman MARA yang layak mendapat kemudahan pengurangan bayaran balik termasuklah yang telah memperolehi pengurangan bayaran balik.
“Sebagai contoh, sekiranya pelajar B mendapat tajaan pinjaman pelajaran Mara, katakan ia berjumlah RM200,000 serta pelajar lulus pengajian dan mendapat kemudahan pengurangan bayaran balik, katalah berjumlah 75 peratus diberikan atas baki pinjaman semasa dan tambahan diskaun sebanyak 20 peratus lagi akan diberikan,” Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa.
Bagi peminjam pinjaman MARA yang gagal dalam pengajian juga diberikan diskaun 50% bayaran balik bagi meringankan beban peminjam tersebut.
Untuk makluman, kemudahan diskaun Pinjaman MARA ini diberikan untuk peminjam tahun 2010 dan sebelumnya sahaja. Kemudahan ini juga diberikan kepada peminjam pinjaman MARA yang ingin lum sum atau membayar penuh baki yang tinggal.
Syarat Permohonan diskaun pinjaman MARA
- Peminjam yang mendapat tajaan Tahun 2010 dan sebelumnya yang lulus pengajian tetapi tidak mendapat kemudahan Pengurangan Bayaran Balik (Atas Baki Pinjaman selepas mendapat Insentif (Diskaun) 50% yang diluluskan dan diumumkan oleh YB Pengerusi MARA pada 25/03/2016.
- Peminjam yang telah memperolehi Pengurangan Bayaran Balik.
- Peminjam yang Gagal Pengajian
Status Pengajian | Kadar Intensif diskaun |
Tajaan Tahun 2010 dan sebelumnya yang lulus pengajian tetapi tidak mendapat kemudahan Pengurangan Bayaran Balik (Atas Baki Pinjaman selepas mendapat Insentif (Diskaun) 50% yang diluluskan dan diumumkan oleh YB Pengerusi MARA pada 25/03/2016 | Tambahan Insentif (Diskaun) 20% |
Telah memperolehi Pengurangan Bayaran Balik | Tambahan Insentif (Diskaun) 20% |
Gagal pengajian | 50% |
- Bayaran Balik secara sekali gus (lump- sum).
- Tempoh Pemberian Insentif (DiskaunTambahan) dibuka secara atas talian (online) Pinjaman MARA http://insentif50.mara.gov.my/ mulai 7April 2016 hingga 31 Disember 2016.
Pertanyaan lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut anda dinasihatkan berhubung terus di :
Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
MARA CALL CENTRE
- 03-261 32000 / 35082 / 35084/ 35085 / 35086 / 32088
BAHAGIAN KAWALAN KREDIT
- 03-261 32131 / 32133 / 32136/ 32178 / 32192 / 32286 / 32288 / 32397 / 32399
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, Masalah Teknikal Sistem
- 03-2613 2000 samb. 32389 / 32390 / 32391 / 32392 / 32393 / 32337