

Baru-baru ini satu syor dibuat daripada kandungan memorandum yang dikemukakan oleh Majlis Pengetua Sekolah Malaysia ( MPSM ) kepada kerajaan sebagai input kepada transformasi sistem pendidikan negara. Cadangan itu adalah bekenaan Rekod disiplin dan sahsiah pelajar wajar dijadikan kriteria dalam mempertimbangkan permohonan biasiswa atau kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan universiti. ( Sumber : Berita harian 18/6/2012 )
Cadangan merangkumi sistem dirangka untuk memantau dan merekod secara berterusan melaui sekolah untuk mengenalpasti perkembangan sahsiah dan disiplin setiap pelajar bermula dari tahun satu.
Antara komponen yang diambilkira dalam penilaian termasuk :
- Sahsiah
- Disiplin
- Sikap
- Tingkahlaku
- Kehadiran di sekolah
Cadangan ini pastinya mempunyai kebaikan tersendiri sekiranya ia diterima dan dilaksanakan nanti. Melaluinya pelajar akan lebih sedar tentang kepentingan masa depan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi nanti. Hal ini kerana disiplin amat penting untuk membantu pelajar lebih bertanggungjawab serta membentuk diri yang lebih cemerlang suatu hari nanti. Namun demikian mungkin ada pihak yang tidak mengemarinya mungkin ada sebab tersendiri, apapun pendapat pastinya fikirkanlah tentang kebaikan masa depan bersama.