Renungan mengenai disiplin

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Alamak, nak baca penulisan kali ini mungkin ada yang rasa kurang minat dan muak. Hal ini kerana perkataan disiplin itu sendiri sudah biasa kita dengar dan sudah sedia diketahui apa itu disiplin. Bagi mereka yang selalu melanggar disiplin tidak kira disekolah atau ditempat kerja mungkin ada yang fobia dengan perkataan ni. Mungkin juga ada yang bersifat anti terhadap peraturan terutama berkaitan dengan sekolah atau tempat kerja.

Jika dibayangkan proses yang kita rasa melalui disiplin ini sangat sinonim dengan rasa sakit hati, tidak bebas, terikat, tertekan dan bermacam lagi, kebanyakan akan membayangkan dan menghuraikan segala yang negatif tentang disiplin. Ada yang beranggapan disiplin ini tidak wajar kerana ia membuatkan seseorang tidak gembira dan tidak selesa dengan kehidupan. Hal ini berkaitan dengan sifat semulajadi manusia inginkan keseronokan dan kebebasan dalam hidup.

Tetapi sedarkah kita bahawa disiplin itulah yang banyak membantu kita menjadi individu yang seronok, bebas dan berjaya? Hal ini kerana melalui disiplinlah segala apa yang dirancang berjalan lancar.

Sebagai contoh, ada dua individu iaitu individu A dan B. Individu A ini seorang yang bebas dan mempunyai kehebatan untuk tidak kesekolah. Setiap hari A akan bangun ikut suka hatinya, katakanlah ia bangun pada pukul 11pagi. Selepas itu ia rasa seronok untuk main permainan komputer, masa bermain ikut suka hati..kira-kira pukul 5ptg dia berhenti untuk makan dan tidur. Pada malamnya ia berehat sehingga larut malam dan terus tidur.

Individu B pula mempunyai kehidupan yang lain dari A. Individu B ini dipaksa dan terpaksa bangun awal pagi pukul 6 untuk kesekolah. Sampai kesekolah ditetapkan mendengar ceramah diperhimpunan dan ditetapkan untuk belajar ikut jadual subjek iaitu BM, BI, Mat, Sains. Selepas tengah hari ia diwajibkan pulang dan diberikan kerja rumah untuk disiapkan. Pada malam hari Individu B tidur sama waktunya dengan individu A.

Dalam perbandingan antara individu A dan B itu, individu A mempunyai kehidupan yang gembira dan mengikut kemahuannya, individu B agak kurang kegembiraan dan agak terbatas kemahuannya. Tetapi, ada sesuatu yang bernilai individu B dapat berbanding individu A tadi. Ya, individu B sebenarnya walaupun berat mengikut disiplin, sebenarnya ia mendapat manfaat/ bekalan untuk dirinya walaupun sedikit. Bekalan tersebut ialah ilmu syarahan dari penceramah di perhimpunan, belajar subjek BM, BI, Mat dan sains. Bekalan inilah yang mampu membawa perubahan dan kegembiraan kepada individu B kelak. Sebaliknya individu A hanya melalui masa dan peluang umur yang ada itu terbuang begitu sahaja tidak mempunyai sebarang input atau peningkatan dalam diri walaupun sedikit akibat dari hidup yang kurang berdisiplin.

Begitu juga disiplin dalam pekerjaan, akibat tidak mengikut aturan yang sempurna kita tidak akan dapat sesuatu dan banyak kerja akan tertangguh serta boleh membawa tekanan pada diri. Jadi, kitalah apa yang kita renungkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *